Yang Ikut

Wednesday, 5 February 2014

Bila aku kian malas menulis

Reactions: 
Sudah lama aku tidak menulis. Aku dibebankan dengan pelbagai hal yang aku tidak tahu apa sifatnya. Ia mungkin sama beratnya dengan beg sekolah yang digendong anak aku ke sekolah setiap pagi. Aku semakin terlupa apa yang patut aku tuliskan di blog ini.

Di negeri sebelah utara, orang bercakap mengenai suhu dingin menikam tulang. Aku mengiyakan sahaja tanpa menulis dan berfikir mengenainya. Di Selangor, orang bercakap tentang mimpi menukar Menteri Besar dan permainan politik yang sukar dijangka. Aku tidak menulisnya juga. Di Sungkai, seorang guru memasangkan loceng kepada dua anak sekolah. Aku tidak berfikir panjang mengapa hanya digantungkan loceng, dan bukannya benda lain yang lebih berat lagi. Apalah sangat loceng yang ringan kalau dibandingkan mengusung beg yang berat setiap pagi dan petang?

Di universiti, aku dilekakan dengan gelagat pelajar universiti. Di jalanan, aku dilekakan dengan gelagat masyarakat. Di kampung, aku dirisaukan anak-anak muda menghisap dadah dan malas berkerja. Di mana-mana, otak aku kian dibebani dengan banyak hal.

Tatakala aku mahu menulis ayat selanjutnya, aku merasa kian malas juga.

Jadi aku berhenti dulu.

Permisi.


2 comments:

alfindani said...

Sama la kita agaknya..

ajaq said...

MH370..300k hilang
Jerebu..DSAI..PR Kajang..Bomoh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails