Yang Ikut

Wednesday, 1 January 2014

Perutusan tahun baru 2014

Reactions: 
Selamat tahun baru 2014 kepada semua pembaca.

Sesiapa pun anda, tua atau muda, penganggur atau pekerja, bagi saya anda semua sama sahaja. Anda semua adalah pembaca.

Saya menuliskan apa yang saya rasa patut dituliskan. Saya tidak pasti orang bersetuju atau tidak. Ia bukan pekerjaan saya. Adakalanya ia mungkin sedikit sinikal. Tetapi bukan tugas saya untuk memuji perkara yang saya tidak suka.

Saya juga tidak kisah saya menjadi popular atau tidak. Saya tidak perlukan populariti kerana saya bukan ahli politik atau artis. Saya orang biasa sahaja.

Tahun 2013 ini, kita dihadapkan dengan hiruk pikuk politik yang tidak tentu hala. Kita dikacaukan dengan sentimen agama. Kita digelisahkan dengan turun naik ekonomi yang tidak memberangsangkan.

Bagaimana pun, kita juga ada banyak berita yang mengasyikkan. Kita masih mampu makan di kedai mamak. Kita masih mampu memecut laju di highway. Kita masih mampu duduk di tepi pantai sambil bernyanyi lagi Najwa Latif. Paling istimewa, kita masih ada manusia lain di sisi untuk berbual.

Itu buktinya kita masih bernyawa. Tidak pasti tahun 2014 ini kita masih ada peluang berapa lama untuk menghirup udara segara. Saya juga semakin lama semakin tua. Saya cuma merasakan saya muda. Hakikatnya tidak.

Cuma saya berharap otak saya masih jernih, dan jari saya masih kuat untuk menulis sesuatu.

Semoga tahun 2014 ini bakal memberikan harapan baru untuk kita.

Salam kejayaan kepada semua pembaca. Semoga anda menjadi manusia yang lebih baik.





1 comment:

alfindani said...

Nak memecut laju di highway pun tak berapa buleh dah la ni. baru saja kena RM150 baru2 ni.

kata orang kalau bawak 160km/j ke atas takpa sbb kamera tak dan snap. boleh try lepas ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails