Yang Ikut

Saturday, 4 January 2014

Komen pilihan

Reactions: 
Ada soalan daripada seorang pembaca.  Siapa yang nak tolong jawab?


saya baca ayat"saya tidak bersetuju" terus saya tekan butang reactions bagus.hahaha=D.saya f.4.parents saya duk sibuk suruh saya amek tuisyen sbg persediaan spm.lagi pula,diorg ckp aliran sains tu susah.-saya ambik aliran sains-dan saya rasa faktor penolak yang paling besar ialah,ke-dua2 org kakak saya dri mula2 masuk secondary lagi start tuisyen.sdgkan saya hanya betah tuisyen selama 2 bulan masa pmr.tu pun,byk absent.masa f.3 pun,satu family bising,sbb saya tak tuisyen .cakap perasan la,berlagak la,pemalas lagi.tapi sbb saya boleh skor-alhamdulillah...lagi baik dari kakak saya-jadi isu tu lama2 jadi pudar.jadi sekarang,isunya jadi hangat balik.serabut.saya bukan tak nak tuisyen.tapi hmpphhh.saya tak faham kenapa kakaks saya suka sgt dgn tusyen.dri pengamatan saya,nak cari cg.tuisyen y lg superb dari cg.sekolah saya amatlah susah.jadi saya berhenti tuisyen.membazir duit.ketika itu,bg saya memadai dgn fokus di sekolah.dan sya perlukan msa utk rehat.utk otak refresh balik.takkanlah seminggu nak balik rumah pukul 6.kerja sekolah pun dah berlambak.mmg ramai yg terkjr2 tusyen sampai tak siap homework,klas tambahan lagilah.kalau betul2 berkesan-takde niat nak menghina-saya nak.tapi masalahnya.dgn cg dtg lewat.cg.tak tetap.sistem tak teratur.masalah sosial lagi la.jd sy berhenti waktu itu,sbb saya rasa sya mampu dgn bantuan guru skolah dan bantuan dari-Nya.tapi masalahnya,ni utk spm.saya sedikit gugup.lagipun tak larat nak bertegak dgn parents.cuma kekdg sya terpikir,diri sya juga perlukan rehat.kalau tak cukup rehat,kuat sgt belajar,nanti otak penat.stress.lgi teruk.nak tgk muka ma pun dah susah.abah lagilah.cuma bila org ckp saya ni over confident,perasan,pemalas dan saya sendiri pun prnh rasa yg saya ni tak leyh nak berkorban langsung.saya jadi runsing...jadi saya nak mintak pendapat tuan,insyaAllah,pemikiran saya terbuka.saya nak mintak pendapat.nak bandingkan p&c nya.jadi saya sangat berharap tuan dapat bantu saya.apakah spm memerlukan tuisyen.dan kalau saya tak tuisyen,apa yang perlu saya buat utk back up pelajaran saya.

6 comments:

Anonymous said...

x semua pelajar perlukan tuisyen...dan x semua pusat tuisyen bagus...terpulang kpd ind. atas cara belajar. unless dpt jumpa guru tuisyen yg betul2 bagus.ok la.kalau x, agak membazir masa & wang.

alien said...

Bila belajar juga perlu rehat.
Banyak teknik belajar yg bagus diterangkan oleh pakar.
Fokus dalam kelas sebenarnya lebih penting selain usaha diri untuk buat latihan. Selain rajin bertanya kepada guru jika tidak faham sesuatu.
Tuisyen atau pembelajaran lepas waktu sekolah adalah terpulang kepada individu. Jika ind itu pandai membahagi masa dan pandai mencorak cara belajarnya seperti belajar dalam kumpulan. Tuisyen tak perlu.

heehehe

AnakMuridTuanPenasihat said...

Untuk adik yang bertanya..sebagai melengkapi pandangan2 diatas, berdasarkan pengalaman hidup...saya tak pernah melalui tuisyen..tp alhamdulillah dipermudahkan juga jalan pengajian akademik...ya masa dan kewangan juga faktor pertimbangan..

Jentayu said...

tuan,

saya pun tak suka pergi tuisyen...haha. masa form 3, mak suruh pegi tuisyen tapi bila start je kelas tambahan kat sekolah, saya cakap dgn mak, saya xlarat nak pegi tuisyen waktu malam, penat dan homework banyak.

masa form 4 sy pegi tuisyen add math je sekejap sebab sy on medical treatment dan selalu xhadir sekolah. lepas kesihatan sy ok, sy dah xpegi tuisyen. sy pegi tuisyen add math pun sebab sy failed add math..haha. subjek fizik pun teruk masa tu sebab dapat C tapi xjumpa cikgu tuisyen yg ok..huhu. sy pun science stream macam adik yg bertanya soalan tu..tp alhamdulillah, sy berjaya jugak score 9A (skrg mesti dah 10 subjek sebab ada EST kan? hehe)

apapun, discuss la dengan parents..jangan sampai parents kecik hati pulak..huhu. sy dulu untuk subjek susah, ada study group dengan kawan,mungkin adik ada cara sendiri..all the best adik! hehe

ihsan_huhu said...

no 1: tahu nak buat apa, or ada plan untuk masa depan. bila dah tau nak buat apa, subjek2 sekolah yang tak erlu kat uni kang just buat byk2 contoh soalan je. iA boleh score PMR/SPM

kalau subjek tu perlu untuk uni/ masa hadapan, baru la pi tuisyen untuk kasik kuat asas, sbb nak pakai lama.

kalau tak struggle buat apa buang masa pi tuisyen, baik pi main bola nuh.

eira eixora said...

Kalau tak suka tuisyen jangan tuisyen. Buat benda yang tak suka memang penat bukan.

Untuk SPM pahamkan konsep je untuk subjek-subjek sains ngan matematik.

Pastu buat past year banyak-banyak. Keyword dia past year je.

Dalam kelas bila cikgu suh buat soalan kat depan. G buat. Kalau boleh setiap kali cikgu suh buat kita g buat.

Kalau ada kawan-kawan tanya soalan cuba sedaya upaya jawab soalan kawan tu. Kalau tak tahu tengok dalam buku. Cara macam ni dia paham, kita lagi paham.

Selalu solat tahajud dan solat-solat sunat minta Allah permudahkan.

Okes. Semoga berjaya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails