Yang Ikut

Monday, 29 April 2013

Pilihanraya: Siapa yang bakal menang?

0 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Mungkin tidak ada pilihanraya lain yang lebih menarik minat para pengkaji politik, melainkan pilihanraya yang sedang bakal kita hadapi 5 Mei ini.

Dalam sejarah pilihanraya Malaysia, hanya ada beberapa sahaja pilihanraya yang mungkin dianggap panas. Antaranya tahun 1999 - kerana ia berlaku di celah-celah rasa kecewa banyak pihak kerana DS Anwar Ibrahim dipecat pada tahun sebelumnya, yang melahirkan golongan pro-reformasi. Rata-rata orang muda, dan kumpulan profesional bersimpati dengan Anwar Ibrahim yang dianggap sosok terbaik untuk memperjuangkan reformasi dan keadilan. 

Bagaimana pun, BN tetap menang. Tidak ada apa yang berubah.

Pilihanraya tahun-tahun sebelumnya, hanya PAS dan DAP yang dianggap mampu memecahkan homogeni Barisan Nasional. Itupun, dalam banyak keadaan sekalipun BN meletakkan calon tidak mampu menang, partui itu tetap akan mampu menang juga.

Bagaimana pun, PAS di era sebelumnya, masih lagi dianggap parti kampung yang dikuasai oleh golongan agama. PAS pula sering dimomokkan dengan kumpulan anti pembangunan, dan selalu sangat mempromosi hal-hal yang bertentangan dengan idealisme anak muda. Yang banyak dibisingkan waktu itu ialah isu konsert dan hiburan. Isu kafir mengkafir juga menyesakkan.

DAP pula dianggap sangat cauvanism - sangat ke'Cina'an, dan bertentangan dengan jiwa orang Melayu.

Era terbaru - tahun 2004, BN tetap menang besar.

Tahun 2008 - Imej DS Abdullah Ahmad Badawi selalu dipalitkan dengan kumpulan penasihat 'di Tingkat 4' yang entah ada, entah kan tidak. Ia juga nampaknya tidak sehaluan lagi dengan Tun Mahathir - sosok besar untuk BN dan juga negara. Menjadikan BN tidak lagi pilihan terbaik. Ia kalah teruk dan tidak menang besar. Kalah di beberapa buah negeri.

Bagaimana tahun ini?

Walaupun kawan aku - Dr Ben menyatakan sokongannya terhadap BN dengan tema Lain Kalilah, tetapi tema Ini Kalilah yang menjadi mesej Pakatan juga sedikit sebanyak ada kesan terhadap kempennya. Politik adalah seni mempengaruhi.

Walaupun idea gabungan antara parti-parti dalam Pakatan tidak semestinya tidur sebantal mimpi bersama, tetapi dengan kemampuan mereka menguasai beberapa buah negeri, setidak-tidaknya mereka mempunyai sumber kekuatan yang cukup untuk berkempen.

Undi anak muda mungkin bakal menjadi penentu pilihanraya kali ini. Anak muda, dalam apa juga zaman pun, mereka akan selalu bersikap menentang apa yang ada sekarang. Ia sifat biasa. Mereka ini tidak akan peduli dengan apa mesej sekalipun. Kerana anti apa yang ada sekarang ialah imej 'cool' anak muda. Sebab itulah, anak muda selalu berasa 'cool' kalau boleh merokok di belakang bangunan sekolah, atau melompat pagar di waktu malam.

Siapa yang bakal menang? Ini persoalannya.

Kalau ditanya aku - seperti mana tidak ada jalan mudah untuk BN, ia juga bukan jalan senang untuk Pakatan.

BN menguasai media perdanamanakala media alternatif pula dikuasai Pakatan.

Tetapi, tidak ada sesorang pun yang tahu siapa yang mampu membeli hati manusia.

Pengundi selalu bakal menjadi raja dalam keadaan tidak menentu ini.

Selamat mengundi. Pilihlah sesiapa yang anda rasakan mampu memberikan anda kebaikan dan mampu melunaskan mimpi anda.



Thursday, 18 April 2013

Adelaide I

2 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Sudah 5 hari aku di Adelaide. Aku datang untuk bertemu Prof Maureen Dollard. Aku ada projek akademik. Ia bangunan yang aku perlu melihatnya setiap hari. Bangunan yang aku tak ketahui namanya. Ia berhadapan dengan tempat aku menunggu bas ke Magil Campus.


Kopi terbaik. Ia tidak ada di Malaysia. Kopi cap kapal terbang yang dibancuh isteri aku tetaplah yang terhebat. Ia ayat 'membodek' isteri aku yang tak dapat aku bawa bersama. Mungkin lain kali. Sesekali aku minum seorang diri. Sesekali bersama Sharon. Tidak ada banyak manusia lagi yang boleh menjadi teman kopi aku di sini.


 

CAPR - Ia tempat indah yang sentiasa dikenang. Ia tempat aku menghabiskan tugasan aku seminggu ini. Misi kami ialah menyiapkan pembetulan makalah jurnal. Ia menggunakan statistik yang kompleks, payah dan serabut.


Ia ketika hari Ahad. Supian, teman baik aku membawa aku ke ladang epal. Macam-macam buah ada.

 
Epal hijau. Ragup. Murah pula. Bayangkan kalau di Malaysia ada ladang seperti ini.
                     

 
Senarai harga. Tulisan orang putih selalunya begini.

Wednesday, 10 April 2013

Tunggu aku Adelaide

8 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Apa khabar Adelaide - kota kecil yang sepi. Ia kota yang aman tanpa bangunan pencakar langit dan bebas hangit asap kenderaan. Ia kota yang menyenangkan. Sesekali kita melihat itik belibis berenang siang di Sungai Torrent, sama indahnya melihat biru langit di bawah sinar matahari yang garang. 

Di musim luruhnya, dauh-daun mula berguguran mengingatkan hayat kita yang tidak akan bertambah panjang. Bunga-bunga yang mekar mengingatkan kita warna hidup yang sesekali resah, sesekali meriangkan. Di musim dinginnya menjadikan hidup ini terasa begitu panjang. Membungkus di bawah selimut adalah nikmat terindah. Musim panasnya menginsafkan kita bahawa neraka tentu sangat memeritkan. Apalah sangat panas di dunia ini.

Hah, Adelaide hanyalah kota batu lama. Dikelilingi pohon hijau yang cantik. Ia bertukar rupa setiap kali musim berubah. Bukitnya yang memanjang dan berliku ialah pengalaman perjalanan yang sangat menyeronokkan. 

Apa pun Adelaide, ia hanya kota tamadun manusia. Ia tidak ada apa-apa tanpa warga manusianya.

Nizam - temanku yang semakin tua - memburuh sekian lama di sana. Dia antara manusia yang tetap ada di sana. Ia tidak pernah berubah sekalipun musim bertukar. Ia tidak pernah bertukar sekalipun warga Malaysia pelajar datang dan pulang. Dia tetap ada di situ. Dia berjuang dengan caranya. 

Adelaide, sudah lama aku tidak bercerita. Sudah lama aku kehilangan kompas jalannya. Sudah lama kita tidak menyapa mesra.

Tunggu aku Adelaide. Nanti kita menyapa lagi di Aroma Cafe sambil menghirup secawan kopi. Kita ceritakan kisah lelahku. Kita ceritakan lagi kisah hilangku. Kita berbual panjang tentang hiruk pikuk Kuala Lumpur yang kian ditenggelamkan cerita sakit hati dan lara manusia.

Tunggu aku Adelaide.

Masih ada lagikah gadis penjual sayur itu? 

  

Saturday, 6 April 2013

Reviews paper: not too bad

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Hari ini aku menerima penilaian makalah. Ia antara gembira dan tidak. Kalau diterima, ia mungkin antara kejayaan aku terbesar abad ini, sebab ia jurnal yang besar. Kalau tidak, hidup ini seperti ini juga.

-----------------------------
 Dear Dr. Idris: 

The reviews of your paper, XXXX to my office. I am sorry to inform you that the Journal of Occupational Health Psychology is not able to publish this study in its current form. 

However, because it is possible that many of the problems cited in the reviews could be addressed in a major revision, and given the interest expressed by the reviewers, we would consider a re-submission. You should consider preparing a revision only if you are confident that you can address all of the comments and criticisms detailed in the reviews. The reviewers' concerns and a number of constructive recommendations are clearly described in the reviews, so I will not reiterate them individually. 

If you undertake a revision, please send the electronic version of the revised manuscript* to our editorial office, along with a cover letter in which you indicate how you have responded to each of the reviewers' criticisms. In order to facilitate locating your changes in the revised text, please indicate them in the text by using a red font. We shall then arrange for it to be re-reviewed as promptly as possible. As a matter of policy, any manuscript returned after a delay of more than two months will be treated as a new submission. Of course, you may contact me directly if there are reasons why more time is needed to complete the revision. Thank you for giving us the opportunity to consider your paper. 

Sincerely,

Falasi

0 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Baca sini

Thursday, 4 April 2013

Gema pilihanraya bermula

0 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Sudah lama aku tidak mengundi. Bukan protes. Bukan juga tidak berdaftar.

Tahun 2008 aku di Adelaide. Tiada pula kedengaran ujudnya undi pos waktu itu seperti warga Indonesia.

Pilihanraya sebelumnya aku di Jakarta. Tiada juga kedengaran ada undi pos waktu itu.

Jadi kedua-dua kalinya, aku tidak mengundi.

Undi aku mungkin ada harga. Mungkin juga tidak berguna.

Untuk PRU kali ini, aku cuba untuk membuat liputan (kalau sempat).

Bagaimana pun, liputan aku mungkin tidak merangkumi gosip atau khabar politik.

Aku hanya ingin merakamkan gambar bendera, poster atau apa sahaja imej yang ada hubungkait dengan pilihanraya sahaja. Ia mungkin bakal menjadi rakaman senario politik masyarakat.


Wednesday, 3 April 2013

Anda sokong siapa?

0 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Parlimen sudah dibubarkan. Ramai peminat politik sedang rancak meramalkan siapa yang bakal menang dan siapa yang bakal kalah. Penyokong parti mula bersiap sedia dengan cakap-cakap politik. Ia bakal mengasapkan lagi kopi panas di kedai kopi. Pemimpin politik - baik yang berada di atas, atau yang berada di bawah, mula merangka strategi kempen.

Anda menyokong siapa?

Sebenarnya, ia tidaklah begitu penting. Anda boleh menyokong sesiapa sahaja. Anda boleh memuji calon parti yang anda suka, dan mencela calon yang anda tidak suka. Ia hal biasa setiap kali tiba musim pilihanraya.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails