Yang Ikut

Tuesday, 29 January 2013

Tulisan tanpa tajuk

0 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Lama tidak menulis. Sesak, sibuk dan sakit. Besok kumulai lagi. Entah apa cerita. Beberapa hari bermalam di hospital. Bukan aku yang sakit.

Teman baik aku, Dr Intan aka Mulan juga khabarnya tidak sihat. Semoga tabah mengharungi payah.

Hidup ini beginilah. Satu demi satu cerita. Kita hanya manusia. Kalau kita boleh memilih, kita akan memilih kaya, senang dan umur panjang.

 Tetapi kita manusia hanya layak memilih ikan di pasar. Itupun setelah yang paling molek dipilih orang. Tabah dalam gundah. Bersyukur tatkala bahagia. Adat manusia hidup meneruskan hidup.

 Kalau hidup ini bukan padang ujian, apa lagi yang lebih membahagiakan?

Wednesday, 2 January 2013

Selamat tahun baru 2013

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Selamat tahun baru 2013.

Apa kejayaan terbesar tahun 2012? 

Tidak banyak. Kecuali terus kekal bernafas dan usia bertambah

Selainnya tidak ada apa yang berubah.

Apa pula kegagalan tahun 2012?

Tidak begitu pasti. Kegagalan besar manusia ialah tidak mampu mengenal kegagalan diri sendiri.

Apa azam tahun 2013?

Ingin berhijrah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails