Yang Ikut

Tuesday, 3 December 2013

Menutup cerita Bangkok

Reactions: 
Aku naik pesawat dari lapangan terbang Don Muang jam 1.00 tengahari. Pukul 3.20 aku sampai LCCT.

Sebenarnya persidangan yang aku hadiri ini bukanlah persidangan biasa. Ia merupakan persidangan yang disusuli dengan mesyuarat tahunan kumpulan penyelidik psikologi yang bersatu di bawah Asia Pacific Academy of Psychosocial Risk Factors at Work. Ini merupakan persidangan kali ke 4. Memandangkan Prof Maureen Dollard ialah presidennya, maka aku menjadi sebahagian daripadanya.  Aku tidak memegang apa-apa jawatan di dalamnya.



Kalau dulu Prof Maureen Dollard membawa aku ke Darwin dan Johor Bahru bersama dalam persidangan ini, kali ini aku membawa dua pelajar aku - Michelle dan Yulita. Kedua-duanya membentangkan kertas yang baik. Prof Maureen memberitahu kedua-duanya sudah mencapai 'European standard'. Ia pengalaman baik untuk mereka.


Tahun ini banyak peserta dari Jepun. Banyak muka baru yang tidak aku kenal. Aku kenal kesemua perserta Australia.  Sepertinya aku lebih Australia daripada Malaysia dalam hal penyelidikan.  Aku masih melakukan banyak kajian dan penulisan dengan Centre for Applied Psychological Research.  Kini, sebahagian pelajar aku membawa mazhab penyelidikan yang sama. Mazhab kami tidak menggunakan SPSS bagi menguji hipotesis. Ia agak mencabar. Kami juga tidak menggunakan pilot study.

Aku membentangkan kajian berkisar kepada apakah puncanya burnout dan depression, dan mana yang datang dulu.


Tak perlulah aku tuliskan di sini. Ia tak relevan sangat.

Tahun depan persidangan ini akan diadakan di Adelaide dan kemudiannya mungkin di China atau Korea.

Ia persidangan yang bagus. Ia hanya spesifik kepada bidang kami sahaja. Bamyak isu yang diketengahkan bukan lagi isu pembolehubah,  tetapi metodologi dan teori.

1 comment:

Anonymous said...

salam bro..
selamat kembali

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails