Yang Ikut

Wednesday, 4 December 2013

Bila semua naik

Reactions: 
Harga rokok naik. Jangan bimbang, ia baik untuk kesihatan. Walaupun bilangan perokok tetap sahaja jumlahnya. Tiada sesiapa yang akan berkata apa-apa.

Harga gula naik. Jangan bimbang. Ia bagi mengurangkan kadar pesakit kencing manis. Bersyukurlah. Sungguhpun peminum teh tarik di kedai mamak tetap berpagi dan bermalam di kedai mamak. Harga kuih naik. Orang tetap membelinya juga. Kalau tidak, nanti anak bermogok tidak mahu ke sekolah.

Harga minyak naik. Bersyukurlah ia masih rendah. Lihatlah harga minyak di Singapura.  Oh. Jangan salah istilah. Hanya pengurangan subsidi. Bukan kenaikan harga minyak. Bersyukurlah.

GST? Tak mengapalah. Kita pun tidak faham maknanya. Profesor berkata ia baik untuk ekonomi negara. Aku mengiyakan sahaja.

Tarif elektrik juga bakal naik. Khabarnya. Oh. Mungkin tidak naik. Ia hanya sekadar pelarasan sahaja.

Aku bersyukur. Aku bersyukur.

Tidak ada apa-apa yang naik.

Ia hanya berubah istilahnya sahaja.

Sekurang-kurangnya kita masih ada BRIM.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails