Yang Ikut

Tuesday, 5 November 2013

Dunia blog tak seindah dulu

Reactions: 
Lima atau enam tahun dulu, dunia blog baru muncul. Belum ada twitter. Facebook mungkin masih baru. Aku mula menulis di blog (bukan blogspot) ketika aku berkerja sebagai pembancuh teh tarik. Apabila ke Adelaide aku mula menulis di blogspot. Tidak aku kisah sangat kalau ada yang mahu membaca atau tidak. Ia sekadar hobi.

Lima atau enam tahun sudah berlalu. Aku masih tetap menulis. Tapi kini aku tulis hal yang biasa sahaja. Otak aku disibukkan dengan menulis pelbagai hal. Akademik, suratkhabar dan blog. Aku juga disibukkan dengan pelbagai kerja. Mengajar, menyelia pelajar, memberikan bengkel dan terkini mengadakan kursus organisasi. Aku tidak pasti aku semakin tamak kerja atau tamak harta. Aku tidak ada harta. Akaun di bank juga seperti orang lain juga. Cukup untuk makan sebulan.

Kesibukan itu menjadikan FakirFikir tidak seaktif dulu.

Tapi aku bersyukur aku mempunyai ramai kenalan melalui blog. Biasanya mereka ini manusia educated, pelajar universiti dan bukan orang jahat. Aku tidak menulis hal lucah untuk meningkatkan jumlah pembaca. Sesekali aku tidak akan melakukan copy and paste maklumat daripada orang lain, atau daripada website orang lain. Aku menulis berdasarkan pengetahuan aku sendiri. Aku tidak akan cuba meniru gaya orang lain.

Menulis blog ini menjadikan aku seperti orang muda. Aku cuba menulis bahasa orang muda walaupun aku sudah mendekati alam kubur. Menulis menjadikan aku tidak lupa. Ia merakamkan diari hidup aku. Menulis menjadikan aku berfikir, walaupun tidak sejernih mana.

Kini blog semakin tidak seindah dulu. Orang beralih kepada medium lain. Tapi generasi kami, seperti Krenmaut atau Mulan adalah warga manusia lama yang mungkin terus menggunakan blog. Ia mungkin tidak selaris dulu. Tapi itulah yang terbaik.

Teruskan membaca. Jangan juga lupa membaca Kosmo! Jumaat ini. Aku kembali menulis kolum sejak beberapa bulan ini kehilangan ilham dan rangsangan minda.

3 comments:

alfindani said...

Sy bersetuju amat.

Menulis & membaca blog "feel"nya lain.

Facebook agak menyesakkan minda.Status yg bertubi2 mengurangkan kesempatan utk minda memproses dan menyelam lebih jauh ke kedalaman.

Namun coretan2 di blog berupaya memunculkan sesuatu menjadikan minda tergerak utk berfikir lebih jauh dan jiwa meneroka lebih tinggi..

Fuhh!komen blh buat satu entry ni! hehe

Anonymous said...

Saya juga suka membaca blog di kala masa terluang, tidak suka membaca paper atau menonton tv, fb juga hanya like pakar motivasi atau ustaz untuk sentiasa rasa tenang, jika komen politik sungguh sakit kepala untuk dibaca, semoga tuan sentiasa menulis wahai senior smj saya..

Anonymous said...

Terus menulis bro.

KK.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails