Yang Ikut

Wednesday, 23 October 2013

Selamat datang ke dunia kami

Reactions: 
Beberapa bulan lalu, aku bertemu novelis muda, Ummu Hani yang terkenal itu. Cuma aku tidak mengenalinya.

Tadi petang, selesai menjadi moderator untuk persidangan di universiti aku, aku terserempak pula dengan kartunis Leen Mafea. Aku tidak tahu mengenai kewujudan kartunis wanita lain, selain Cabai. Aku hanya membaca majalah Gila-Gila pada era Zainal Buang Hussien, Jaafar Taib dan Azman Yusof. Kemudiannya datang pula era penulis baru, Ujang. Itu tahun 1980-an dan awal 1990-an.


Era kemudiannya, aku masih membaca sedikit sebanyak majalah Ujang dan Apo. Sekitar pertengahan 1990-an. Tapi, aku tidak tahu mengapa aku kemudiannya tidak lagi membaca buku komik. Karya yang menjadi kegilaan waktu itu mungkin Hidup Dalam Blues - karya Aie.

Kini, aku tidak lagi tahu mengenai kewujudan kartunis baru, termasuklah Leen Mafea ini. Beliau bukanlah semata-mata kartunis, tetapi juga pensyarah di UiTM. Aku tidak tahu bukanlah kerana  beliau tidak terkenal. Tetapi aku tidak lagi mengambil tahu banyak hal komik sejak sekian lama.

Selamat datang Leen Mafea ke dunia kami. Dunia PhD. Dunia serba keliru.

Dunia ini lebih gila dari dunia kartunis!



2 comments:

alfindani said...

Ya, saya jg pembaca tegar Gila-Gila era 80an dan Ujang & Apo era 90an. Sekali-sekala terbaca jg semenjak akhir2 ini tp lawaknya tidak menggeletek lagi.

Entah kerana lawaknya sudah tidak bermutu ataukah kedewasaan sendiri yg menatijahkan begitu..

Anonymous said...

Orang seperti Leen Mafia amat hebat, kerana sanggup berhijrah ke dunia akademik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails