Yang Ikut

Monday, 30 September 2013

Rokok, teh tarik dan mamak

Reactions: 
Sejak aku dinasihatkan doktor untuk mengurangkan kolesterol,  aku sudah tidak lagi minum teh tarik. Pakar diet cuba menasihatkan aku pola pemakanan yang baik. Ternyata dia gagal. Dia bertanya aku, apa yang dimakan waktu pagi. Aku jawab secawan teh tarik kerana aku jarang makan pagi. Apa pula yang aku makan tengahari. Aku jawab aku hanya makan jam 5 petang. Aku jarang makan. Aku juga jarang makan malam.

Jadi tidak ada banyak nasihat yang boleh dia berikan selain kurangkan teh tarik.

Aku mula menggogle. Kelihatannya tabiat merokok aku dan kurang bersenam itulah puncanya kolestrol jahat aku tinggi. Aku tidak pernah bersenam sejak sekolah lagi. Aku hanya bersukan sampai tingkatan 5. Tapi aku juga tidak pernah berhenti merokok sejak itu.

Itulah ibu kolesterol aku.

Dua malam lalu aku berjumpa Dr OT di kedai mamak. Tapi aku cuma minum kopi O. Tadi berjumpa teman lama yang baru pulang dari Australia. Aku cuma minum teh o limau ais. Malam ini aku berjumpa pelajar aku di kedai mamak.

Kedai mamak telah tidak lagi memberahikan aku tanpa teh tarik.

Hidup aku mungkin bertambah teruk tanpa rokok.

Hidup aku mungkin bertambah meriah dengan berjogging.

Tapi aku tidak ada banyak masa.

Kedai mamak telah menyibukkan aku.

Hidup di kota ini berisiko untuk mati lebih muda.

4 comments:

Nor Azimah said...

ada saya terbaca filter dalam rokok tu ada campuran darah babi..so betul atau tak betul Wallahua'lam..cuma tak payahlah merokok, saya rasa ramai orang perempuan tak suka tengok atau dekat dengan lelaki perokok..busukkk

zaki said...

Lagipun fatwa da keluarkan yg rokok tu haram. cuba cari satu video ustaz don psl rokok ni.

mulan said...

Abg Nazri semua dia bantai. Dia pun kategori "tegar" dlm bab merokok. Yg akak perasan dia suka makan petai. So far, kolesterol level dia cantik. Gamaknya khasiat petai. Nasihat akak:Jadikanlah petai makanan ruji anda( Nak suruh berenti rokok pun buang masa akak jaaaa)...heeeee

WanBeruas said...

Untuk kurang kan kolesterol yang tak elok dalam darah kita perlu juga kurangkan kalori...juga/lebih2 lagi lemak tepu serta minyak..Jelasnya semua kena moderate serta jangan tinggal dari bersenam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails