Yang Ikut

Thursday, 8 August 2013

Salam Aidilfitri

Reactions: 
Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca.

Saya tidak seaktif dahulu menulis di blog ini. Sebenarnya saya ada banyak hal yang patut ditulis. Bagaimana pun, saya begitu sibuk.

Antara yang saya ingin tulis ialah penularan ajaran sesat dan fahaman yang pelik lagi janggal dalam budaya dan agama kita. Syiah salah satu daripadanya. Dahulu kita mendengar istilahnya sahaja. Tetapi jarang kita ambil tahu. Malah ada yang tidak tahu pun.

Isunya ialah kita kurang terasuh untuk belajar agama. Sekarang ini dengan adanya internet, promosi hal asing ini menjadi lebih mudah. Kita teruja kalau ada ayat agama dan tulisan Arab. Kononnya itulah kebaikan.

Facebook dan YouTube telah menjadi ustaz baru.

Datang pula pelajar dari negara luar berjanggut dan berjambang. Mereka dilihat soleh. Banyak anak muda kita teruja dengan kefasihan Arab mereka. Kita terlupa Abu Jahal juga pandai bahasa Arab.

Akibatnya banyak terpedaya.

Itulah cabaran beragama kita di zaman baru ini.

Salam Aidilfitri.

2 comments:

alien said...

Salam aidilfitri

Nor Azimah said...

itulah fenomena baru, pandai-pandailah kita menapis, tanggungjawab kita juga sbg blogger utk membimbing dengan tulisan kita, biarpun nnt tk femes mcm blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails