Yang Ikut

Sunday, 18 August 2013

Cerita emak 1

Reactions: 
Suatu hari, ketika aku balik mencari ikan di bendang, aku singgah sebuah kampung tinggal. Aku terjerempak dengan pohon cabai. Lalu dipetiknya aku sebiji demi sebiji. Sampai di rumah, emak aku tidak menghargainya sedikit pun. Dimintanya aku pulangkan cabai itu ke perdunya.

Kalau aku tersasul lagi, siapa pula yang akan menegurnya.

Setiap malam, aku biasanya pulang lewat malam. Biasanya emak akan bangun dan akan membuka pintu. Adakalanya dia menyelitkan kunci di bawah pintu. Jadi aku menariknya. Kini kalau aku pulang, siapa yang akan bukakan pintu?

Emak tidak pernah marah. Suaranya perlahan sahaja. Dia suka bercerita. Termasuklah cerita suatu hari, semasa dia masih kecil. Ada seorang tua membawakan panah. Orang tua itu memintanya ke tepi. 

Tidak lama, tiba-tiba dia terdengar bunyi halilintar. Siapakah orang tua tadi? Dia juga tidak tahu. Orang tua tadi telah hilang.

Emak seorang pencari ikan yang terkenal. Dialah yang mengajarkan aku menangkap ikan puyu yang tidur di celah tapak kaki atau selut di dalam sungai. Kita perlu merabanya perlahan-lahan.

Ketika kecil aku selalu mengikut emak mencari rebung di hutan. Dialah yang nengajar aku kalau ada binatang bahaya dengan mendengar suara tupai atau kera yang berteriak di atas pohon.

Emak seorang pandai dalam hal semat menyemat. Dia boleh membuat tikar mengkuang atau atap rumbia. Dia juga boleh membuat jaring tangkul. Semua tikar yang ada di rumah aku dibuat oleh emak.

Emak cukup baik. Kalau aku demam dia akan belikan buah limau atau roti. 

Bersambung.




2 comments:

Nor Azimah said...

saya akan tunggu lagi cerita emak tuan, kerana ceritanya kan mengingatkan saya pada mak saya juga, yang sangat saya rindu hingga saat ini...

Zul Fattah said...

tunggu smbungannya tuan.. emak bnyak mngajar sy jd manusia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails