Yang Ikut

Sunday, 21 July 2013

Nolstalgia Ramadhan

Reactions: 
Antara pengalaman terindah mengingati Ramadhan ialah tatkala kita masih kanak-kanak. 

Puasa waktu itu bercampur dengan mitos, kejujuran dan dan keseronokan.

Entah berapa kali kita ke bilik air sekolah untuk berkumur. Sesekali 'tertelan' sedikit air untuk membasahi kerongkong. Puasa tetap dikira walaupun hanya mampu separuh hari, atau makan sahur jam 8 pagi. Semasa kanak-kanak, kita sangat takut kalau terbatal puasa kerana terkorek hidung. Juga bimbang kalau turun ke dalam sungai dan terbuang angin di dalamnya. Kata nasihat yang didatangkan dari satu generasi ke satu generasi, entah daripada kitab mujtahid karangan siapa - ia terbatal puasa.

Fatwa batal puasa semasa kita kanak-kanak hanyalah dikeluarkan oleh teman sebaya kita sendiri.

Paling seronok ialah membeli air batu yang harganya seketul 20 sen. Kemudiannya ditanam ke dalam tanah agar tahan lama. Pergi ke masjid untuk berterawih hanyalah alasan sahaja. Yang paling indah ialah moreh. Ada yang menyembunyikan roti canai ke dalam kepiah, atau poket baju Melayu.

Meriam dan mercun sudah lama menghiburkan kita, walaupun bunyinya tidak sekuat mercun bola sekarang ini. Mercun katak dianggap antara yang terhebat.

Raya dinanti dengan penuh asyik. Dibilangnya hari satu demi satu. Inilah masanya kami orang susah mencari wang lebih.

Itu cerita dulu. Sekarang ini keasyikan Ramadhan bertukar rupa. 

Seorang wartawan bertanya, apakah pandangan psikologi dengan fesyen baju raya sedondon. Aku tidak berupaya menjawabnya. 

Ia soalan yang tidak pernah aku jangka, dan topik kajian yang tak pernah aku fikirkan.




2 comments:

mulan said...

Baju raya sedondon - indication yang kehidupan sekarang penuh tema.. Nak buat apa pun kena ada tema..kalau tak ada tema mcm tak cukup syarat...dulu kita beraya dengan bebas..syokkan

Mai Mohamed said...

dah 16 tahun raya, baju raya kami sedondon...tapi untuk hari raya sahaja..kalau hari lain rasa malu nak pakai sedondon..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails