Yang Ikut

Wednesday, 31 July 2013

Mental exhaustion

Reactions: 
Aku sudah agak jarang menulis. Bukan sekadar blog ini, tetapi juga menulis bagi hal yang lain. Entah apa yang berlaku. Dalam psikologi, ia mungkin simptom mental exhausted. Penat berfikir. Tidak semestinya berfikir hal menulis. Akhirnya tidak apa satu menjadi.

Pernahkah anda mengalaminya?

Jangan katakan tidak. Ia bukan penyakit mental. Ia hanya keletihan mental.

Ia berlaku khususnya apabila otak kita berkeceramuk dengan banyak hal. Kita mungkin dilihat biasa sahaja. Hakikarnya otak kita tidak begitu. Ada hal yang merisaukan. Tetapi kita tidak tahu yang mana satu paling dominan.

Kadang-kadang kita tahu sebabnya. Tetapi kita tidak ada upaya menyelesaikannya.

Ia keletihan yang tak mampu dihilangkan dengan berehat. Ia hanya mampu dihilangkan dengan menyelesaikan isu pokok masalah. Melakukan beberapa perkara yang disukai boleh mengurangkan kesakitan ini.

Tetapi pada akhirnya isu utama perlu diselesaikan juga.

Mental exhausted.  Ia bukan penyakit mental. Ia isu huru hara dalam mental.

2 comments:

Norizzuddin Kasim said...

Saya juga sering mengalaminya. Kerja yang melibatkan penjanaan laporan. Ada kalanya, bagaikan hilang kata-kata yang hendak ditulis. Ayat yang ditulis dan kemudiannya dipadam beberapa kali. "Nampak tak setaraf dengan upah yang ku ambil".

Writer's block, ujar ketua jabatanku.

Zul Fattah said...

mental la mudah letih.. terutama lepas hbis exam.. memang tido r

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails