Yang Ikut

Friday, 10 May 2013

Pilihanraya sudah berakhir bukan?

Reactions: 
Pilihanraya sudah berakhir. Berehatlah seketika. Mungkin itulah ayat terbaik untuk kita semua.

Terus berpolitik tidak menyelesaikan masalah rakyat. Terus memainkan isu rasis juga tidak menambahkan keharmonian semua. Berdemo dan memprotes menunjuk rasa tidak puas hati juga tidak menambah baik suasana. 

Barcelona dan Real Madrid dianggap pasukan terhebat untuk beberapa tahun terakhir ini. Tetapi, akhirnya kalah juga. 

Berlapang dada itulah kemenangan sebenar semua pihak. Tidak mudah untuk berlapang dada untuk menerima perbezaan, apatah lagi untuk menerima kekalahan. 

Pakatan tidak kalah besar, BN juga tidak menang banyak. Sama sahaja hakikatnya. Semua pihak terluka. Jadi, mengapa harus terus bersengketa?

Semua pihak mungkin menduga akan menang besar. Itu hakikat psikologikal biasa. Sebab, apabila kita berbual-bual dengan orang, mereka akan berkata parti mereka akan menang besar. Hakikat yang mungkin selalu dilupakanialah 'in-group' dan 'out-group' bias. Kita hanya akan berkawan dengan kawan kita sahaja. Kita akan hanya bertanya pandangan daripada sahabat-sahabat yang mungkin sama aliran dengan kita. 

Mustahil kita bertanya dengan orang yang tidak sehaluan dengan kita. Banyak orang yakin menang kerana melihat riak di permukaan sahaja. Riak di dalamnya susah untuk dijangka.

Sebab itulah, akhirnya suara majoriti yang patut kita pertimbangkan. Kalau terus bersengketa, ia tidak membawa ke kita mana.

Kita ada lima tahun lagi untuk pilihanraya yang baru. Terus mengusung rasa kecewa, marah dan sakit hati sepanjang tempoh itu hanya menyebabkan penyakit lain yang muncul.

Semua kita - mari mulakan hari baru. Terus berkerja untuk negara dan terimalah hakikatnya. Marilah berlapang dada.

Baca SINI juga.




2 comments:

Dr. Bentara said...

satu laungan yang patut disahut. Bila nak kena lantik senator ni bro?

La Kuchi said...

saya sokong. pada saya sudah masanya setiap parti yang diamanahkan rakyat memulakan kerja, dalam masa yang muhasabah balik di atas kekalahan yang lalu.

saya merasakan kekalahan di pihak pakatan rakyat, memberikan peluang besar kepada pas untuk mempergiatkan usaha memahamkan perjuangan pemerintahan islam kepada mereka yang tidak faham dan juga golongan bukan islam itu sendiri. ini dapat dilihat daripada sokongan kepada parti dap itu sendiri di dalam pru lepas. saya juga merasakan waktu ini adalah tanda terbaik bagi kita mendidik, mengmbangkan,dan memberi kefahaman tentang agama islam kepada orang ramai.

dalam masa yang sama saya juga merasakan, mereka perlu revise balik kepimpinan yang sedia dan meletakkan ramai tenaga muda yang bukan sahaja pakar dalam ilmu agama, tapi pakar dalam bidang lain kerana ini amat penting bagi memenangi pru yang akan datang.

di pihak umno pula, saya merasakan mereka perlu lebih bertoleransi dan bersikap terbuka serta perlu memberi ruang kepada parti lain untuk berkhidmat bersama-sama dalam menerajui negara. banyak rombakan dari segi ketelusan perlu diambil kira bagi menjadi parti itu lebih meyakinkan di masa akan datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails