Yang Ikut

Wednesday, 13 March 2013

Maaf

Reactions: 
Di kampung. Beberapa hari yang sesak.

Ahad dan Isnin lalu, aku memberi bengkel di Kolej Komuniti Sungai Petani. Terima kasih kepada penganjur dan peserta. Orangnya peramah dan baik-baik belaka. Banyak daripada mereka ini kaki rokok seperti aku juga.

Petang Isnin, aku bertolak ke Pulau Pinang. Agendanya untuk memberi bengkel di USM.

Check in di sebuah hotel yang aku terlupa namanya. Jam 2 pagi, telefon berdering. Kakak aku yang sudah lama mengidap barah hati kembali ke rahmatullah. Hati tidak berbelah bagi. Nak kena balik juga pagi itu. Tetapi, sukarnya siapa pula yang hendak memberi bengkel besok hari.

Jam 5 pagi aku kejutkan pelajar aku Yulita dan Fiza. Aku katakan mereka perlu ganti aku memberi bengkel. Pesertanya pula tidak semua pelajar, termasuk pula pensyarah yang ada PhD. Membatalkan bengkel bukan jalan terbaik. Ia menyusahkan orang lain.

Jam 5.30 pagi aku memecut balik ke kampung.

Aku tidak tahu sejauh mana orang boleh menangkap apa yang Yulita dan Fiza ajarkan. Tetapi, akhirnya itulah pengalaman terbaik dalam hidup mereka. Hidup aku juga. Bukan semua pelajar boleh mengajar pensyarah. Hidup ini banyak perkara tak terduga.

Perkara terbaik ialah keberanian mereka mengajar. Ia ilmu yang tidak dimiliki semua manusia.

Bengkel yang lain pada Sabtu minggu ini juga terbatal. Tidak sempat.

Beberapa kuliah aku yang lain juga terbatal.

Hidup ini padang dugaan. Hidup ini tidak pernah terduga.

Maaf untuk mereka yang terlibat.

Kalaulah kita boleh mengulangnya semula.

2 comments:

zarch said...

Al Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat dan meletakkan roh kakak Tuan dalam kalangan solehan.

ismadiyusuf said...

Takziah untuk tuan, adik saya juga baru kembali rahmahtullah bulan februari tu, barah usus..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails