Yang Ikut

Friday, 15 February 2013

I want to be a writer

Reactions: 
'I want to be a writer

-----------------------

Itulah karya novel yang diberikan oleh seorang pelajar setelah selesai aku mengajar mereka menulis. Aku belum membacanya lagi. Tidak juga pasti sama ada aku mampu membacanya. Sudah lama aku tidak membaca novel. Mataku sudah tua untuk membaca novel. Aku juga tidak membaca apa pun lagi. 

Apa istimewanya novel ini?

Istimewanya, novel ini diberikan sendiri oleh penulis buku ini. 

Selama ini aku sangka akulah yang paling pandai menulis. Rupanya tidak. Rupanya yang duduk dalam kelas aku, dalam kelas mengajar hal tulis menulis itu pula ialah seorang penulis yang bernama Ummu Hani.

Di kulit buku itu, tercatat bahawa penulis telah menulis 9 buku, 10 skrip drama dan 40 buah cerpen. Hebat bukan penulis muda ini. Beliau bukan sebarangan orang. Aku bimbang, nanti dia menulis cerita tentang aku pula. Aku sudah berangan-angan untuk mendapatkan seorang peguam dan akauntan untuk membincangkan hal royalti.

Antara novelnya yang lain ialah Baromkeh: Matamu di Mataku dan Catatan Hati Nik Nur Madihah. Ada yang beberapa kali diulang cetak. Anda patut mencari dan membacanya.

Kecuali aku, sebahagian daripada pembaca blog ini yang merajinkan diri membaca novel mungkin tahu mengenai novel-novel ini. Aku memang tidak mampu bersekang mata dan hati membaca novel. Aku menjadi sangat malas.


------------------------------------------

Tunggulah. Nanti aku juga akan menulis seperti ibu muda ini. Aku akan menulis novel yang lebih hebat daripada novel The Stranger tulisan Albert Camus. Ia antara novel yang aku suka membacanya. Itupun ketika aku masih muda dulu.

Tunggulah. "Cinta tak sudah" - Novel cinta yang akan membuatkan tanahair kita ditenggelami air mata. Burung yang terbang jatuh ke tanah. Bintang bertaburan kehilangan galaksi. Pasangan bercinta tidak lalu makan beratus hari. Ia novel cinta paling masyur abad ini. Ia bakal mengalahkan cerita Sangam yang masyur itu. 

Hebatnya novel aku nanti, melihat kulitnya sahaja orang sudah menangis, belum lagi kalau membacanya. Malah, orang yang buta pun akan membelinya untuk menghidu halamannya sahaja.

Hebat dan agung sekali karya aku nanti.

Ia akan membuatkan peniaga yang menjual tisu pening kepala.

Anda yang membacanya mungkin tidak akan berbuat apa-apa. Anda akan terus menangis berhari-hari. Pasaraya Mydin akan kosong ketiadaan pelanggan.


Ia bakal diterjemahkan ke dalam semua bahasa utama dunia. Malah, penduduk orang asli di Australia pun melakukan demontrasi di depan Kedutaan Malaysia di Canberra agar novel ini diterjemahkan ke bahasa Pitjantjara, bahasa yang hampir pupus.

Sebagaimana tajuknya, teruslah menunggu. Ia hanya anganku yang tak sudah. Ia akan hanya menjadi novel yang tak akan tersudahkan. 

Aku mungkin mati dahulu sebelum novel ini disiapkan. Malah, anda juga mungkin sudah terlalu tua untuk membaca novel cinta ini. Sehingga saat ini, aku belum pun menulisnya lagi.

Ia hanya angan aku sahaja - I dream to be a writer! Aku tak akan mampu menjadi penulis novel.

Ia sepatutnya bertajuk Novel tak sudah!

3 comments:

alfindani said...

Saat ini saya pun rasanya x mampu lagi nak menghabiskan membaca novel berbanding dulu2.

Melainkan kalau novel yg based on true story.

Agaknya ada kajian psikologi jugakah berkaitan hubungkait trend membaca & faktor usia?:)

Belum pernah baca The Stranger, tapi Camelia amat menarik (bagi saya).

Klu Novel Tak Sudah berjaya disiapkan, mungkin pilihanraya ke 13 pun terpaksa ditangguhkan krn peratus keluar mengundi kurang 5%. hehe

eira eixora said...

i know u can do it. by reading your blog i know u are a good writer.

ummu dardak ahmad dhiak said...

Salam Dr Fikir, rasa terharu kerana Dr menulis tentang karya saya yang seadanya itu. Bagaikan air hujan yang menyegar kan pokok do bumi pada diri saya yang sedang Cari kekuatan ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails