Yang Ikut

Tuesday, 29 January 2013

Tulisan tanpa tajuk

Reactions: 
Lama tidak menulis. Sesak, sibuk dan sakit. Besok kumulai lagi. Entah apa cerita. Beberapa hari bermalam di hospital. Bukan aku yang sakit.

Teman baik aku, Dr Intan aka Mulan juga khabarnya tidak sihat. Semoga tabah mengharungi payah.

Hidup ini beginilah. Satu demi satu cerita. Kita hanya manusia. Kalau kita boleh memilih, kita akan memilih kaya, senang dan umur panjang.

 Tetapi kita manusia hanya layak memilih ikan di pasar. Itupun setelah yang paling molek dipilih orang. Tabah dalam gundah. Bersyukur tatkala bahagia. Adat manusia hidup meneruskan hidup.

 Kalau hidup ini bukan padang ujian, apa lagi yang lebih membahagiakan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails