Yang Ikut

Friday, 26 October 2012

Cerita di balik tabir penulis

Reactions: 
Sejak menulis di Kosmo lapan bulan yang lalu, sesekali saya akan menerima email daripada pembaca. Sesekali ada yang bertanya soalan. Ada yang meminta artikel.

Saya menulis dari apa yang saya rasa. Ia tidak selalunya betul, dan tidak semestinya betul. Ia perspektif dari kacamata masing-masing. Dalam dunia ini, tidak ada satu pun yang betul, kecuali hal yang melibatkatkan tauhid dan keagamaan. Selainnya, banyak yang subjektif. Kajian sains yang dikatakan objektif pun, biasanya masih lagi subjektif.

Saya menulis tajuk yang mungkin disukai, dan ada yang tidak disukai. 

Sebab itu, adakalanya saya mendapat pujian, sesekali saya mendapat kritikan. Sesekali saya dilabel sebagai penyokong parti tertentu. Bergantung kepada apa yang saya tulis.

Saya pun tidak tahu sama ada saya ini bersifat partisan atau tidak. 

Menulis di suratkhabar lain rentaknya. Pembacanya berbagai-bagai. Ada ahli akademik, orang politik, orang biasa, dan mungkin juga mereka yang memang memerhatikan apa sahaja yang ditulis pengarang. 

Kebanyakan pembaca tidak mengenali siapa saya. Mereka hanya melihat gambar saya dan ada title 'Dr' di depannya, menjadikan saya ini mungkin dianggap sebagai seseorang. Hakikatnya, saya bukan sesiapa pun. Saya seperti mereka juga.

Ia berbeza dengan pembaca di blog ini. Banyak pembaca di blog ini mungkin merupakan teman-teman saya, atau blogger yang sudah mengikuti watak saya sejak 5 tahun lalu. Jadi mereka boleh membaca apa yang 'tersirat' dan apa yang 'tersurat' mengenai satu-satu topik yang saya tuliskan. Saya rasa, banyak pembaca blog saya memahami saya, walau tidak pernah bertemu dengan saya. 

Saya juga begitu. Walaupun ada hal-hal yang saya tidak setuju dengan apa yang ditulis oleh blogger lain, saya diamkan sahaja. Saya sudah boleh mengenali watak mereka. Banyak blog yang tersenarai di blog ini, saya mengikuti tulisan mereka. Walaupun ada tajuk-tajuk yang nampaknya sangat 'kecil', tetapi saya baca juga. Saya cuma jarang memberikan komen.

Pada akhirnya, inilah kehidupan penulis. Sesekali kita dipuji, sesekali kita dikritik. Sesekali kita memuji, sesekali kita mengkritik.

Kita semua melakukannya bagi mengubah dunia ini. Kita akan tetap menulis dan terus menulis.

3 comments:

nur said...

Saya antara pembaca senyap blog FF.
Secara jujurnya, saya suka gaya penulisan FF. Ia bersahaja dan saya suka dgn cara FF melontarkan buah fikiran.

School Of Tots said...

Teruskan menulis kerana ada sesuatu yg mahu disampaikan dalam suatu tulisan. Harapnya apa yg disampaikan itu ada manfaat. Ilmu yg bermanfaat punya pulangan dividen konsisten bukan sekadar di dunia tapi berterusan ke akhirat, insyaAllah.

alien said...

ya lah bro,
idea..buah fikiran. Ia subjektif.
Sama ada org telan dan hadam, telan dan luah kembali atau tak berani telan langsung..

Kita tak memaksa mereka utk menerima dan suka apa yg kita tuliskan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails