Yang Ikut

Wednesday, 15 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Reactions: 
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca, yang kenal atau tidak.

Petang nanti aku akan mula bertolak balik ke Changlun.

Apa perasaan raya untuk orang seperti aku?

Rasanya seperti tidak terasa apa-apa.

Zaman kanak-kanak dulu, kita gembira diberi duit raya. Dengan duit raya, kita boleh membeli mercun. Menapak ke serata kampung nak cari duit raya. Waktu itu orang masih susah. Dapat 50 sen kira besar. Aku rasa, kalau sekali raya ditakdirkan dapat RM 15.00 sudah kira cukup hebat.

Duit ini juga untuk kegunaan yang lain.

Waktu itu ada satu permainan. Aku terlupa nama benda permainan seperti nombor ekor ini. Kalau tak salah namanya 'papan tikam'. Ada ratusan kertas nombor yang boleh dikoyak. Sekali koyak kita perlu bayar 10 sen. Kita koyakkan kertas, dan lihat berapa nombornya. Kalau nombor kita mengena, kita akan kaya.

Hadiah terbesar mungkin RM25. Itu pun kalau gambar Bruce Lee. Kalau hadiah biasa mungkin cuma 20 sen.

Ketika remaja, di waktu raya inilah kami ke Alor Setar menonton wayang.

Hebat sangat waktu itu. Macam dunia kita yang punya.

Sekarang ini keasyikan raya letaknya di mana?

Bila kita terlekat dalam sesak jalanraya dan banyak wang habis membayar minyak dan tol. Itulah keindahan Aidilfitri orang dewasa.

-------------------
Minggu depan aku akan menulis Siri Personaliti Manusia aka Siri Mengata Orang

2 comments:

alien said...

selamat hari raya bro,
hati-hati di jalanan..

ismadiyusuf said...

salam lebaran, selamat balik kampung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails