Yang Ikut

Monday, 2 July 2012

Pengajian pasca siswazah - Pencerahan 2

Reactions: 
Harapnya, anda telah membaca Pencerahan 1. Seorang pembaca lain pula dari perspektif berbeza melihat keperluan untuk melakukan pengajian pasca siswazah. Bagaimana pun, seperti biasa ia realiti yang memeritkan.

-----------------------------------------

Assalamualaikum...
Tak tahu macam mana nak mulakan atau nak panggil encik ker atau dr....well, saya merupakan salah seorang pembaca senyap blog FakirFikir...dah lama saya follow blog ni sebab...masa tengah mencari bahan utk PhD...saya terjumpa blog Fakir Fikir ni...awal tahun 2011 saya dah start baca blog ni..masa tu MBA saya dah nak hampir habis...lepas jer bergraduat...saya pun rehat sekejap.....dan lepas raya...start balik cari bahan....tujuannya senang jer nak jadi pensyarah...bidang saya adalah Kewangan (Finance)...cari punya cari...banyak sangat jurnal...benda yang dicari adalah Islamic Capital Market...Endowment...Venture Capital...dan sebagainya....yang menjadi masalah saya adalah bidang atau topik tu...adakalanya berkaitan dengan ekonomi dan adakalanya kewangan...susah betul nak cari....bila guna Proquest...Ya, Allah...lagi macam2 keluar...stuck sekejap pencarian jurnal...mula survey dan intai2..kalau ada jawatan kosong pensyarah....dimaklumkan bahawa jawatan dibekukan kecuali ada PhD....intai lagi...kalau ada biasiswa bagi staf gomen macam saya yang bukan akademik...perit betul....memang susah...bulan 4 ada iklan pasal biasiswa tapi disebabkan sibuk berbengkel dan masalah nak masuk portal tu...dan JPA pun tak membantu...dah terlepas peluang....
Sekarang ni dah tengah kebinggungan kerana tak tau cam ner nak siapkan proposal untuk PhD walaupun hanya memerlukan 2-3 mukasurat jer...dah juga survey beberapa universiti termasuklah yang di luar negara...tapi hati ni berat nak ke luar negara sebab dari diploma hingga ke MBA buat kat dalam jer...nak rasa pressure communicate dalam bahasa Inggeris...mungkin akan mempercepatkan kefasihan...
Saya sendiri tak tau cam ner nak mulakan...nak cari jurnal tak tahu formula (ada caranya yang saya tak tau)....biasiswa pun susah nak dapat dah...jawatan pensyarah pun dah tak ada...maka, kena teruskan kerja yang sedia ada ni untuk tampung anak2....bila tengok (baca) orang lain macam mudah jer perjalanan nyer dapat itu ini...tapi hakikatnya 'dia' jer yang tahu..
so...now, I am seeking your opinion on my situation....I am looking forward your favourable reply...
thanks...

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah,,ramai diluar sana berminat utk terjun ke bidang akademik.Tp lain pula dgn sy,peluang keje sebagai tutor di IPTA dtg 3 bulan selepas konvokesyen degree & parents bersungguh2 mahu sy terima keje tersebut.Sy masih termenung,adakah ini mimpi...kerana bakal meneruskan perjalanan ke PhD,selepas 1thn menamatkan master.Tidak pernah bercita-cita utk jd academician & smbg belajar lagi..Tambahan pula,sy tidak berjiwa researcher,tp memandangkan mak ayah bersungguh2 bercerita kpd kwn2 mereka bahawa anak sulungnya akan smbg PhD,sy rasa sedikit terbeban...Namun begitu setelah follow blog ini & blog Dr.OT,seolah2 semangat baru dtg ke dlm diri..BUkan semua org dpt peluang seperti sy...harap2 doa mak ayah,kwn2 & pendidik(guru & pensyarah) akan memudahkan perjalanan Phd sy...insyallah..amennn!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails