Yang Ikut

Wednesday, 16 May 2012

Selamat datang ke dunia PhD!

Reactions: 
Pagi tadi, pelajar aku membentangkan proposal penyelidikan PhD. Ia pengalaman baru untuknya. Pengalaman baru untuk aku juga menyelia pelajar PhD.

Berapa lama masa untuk menyediakan proposal?

Banyak pelajar 'tersangkut' pada peringkat penyediaan proposal. Ada yang memakan setahun. Ada yang sampai 2 tahun. Malah, sampai tamat tempoh pengajian pun, ada yang masih tersangkut lagi. Akhirnya, 'give up' dan terus berundur diri.

Berapa lama pelajar ini menyediakan proposalnya? Tidak lama. Mungkin 2 atau 3 bulan yang lalu. Esok dia sudah boleh memulakan proses data collection. Dia sebenarnya baru sahaja mendaftar sebagai pelajar sebulan yang lalu.

Aku tidak percaya dengan aliran 'old school' yang selalu mahukan proposal penyelidikan seperti kitab. Menyediakan proposal seperti menulis buku. Mereka mahukan kesempurnaan. Entah sampai bila akan sempurna. Setahun? Dua tahun?

Akhirnya, pelajar tidak ada masa menjalankan kajian. Apabila data sudah ada, mereka berhadapan dengan masalah lain pula. Tidak ada masa untuk menulis.

Akhirnya masa bertahun-tahun digunakan untuk menjalankan kajian PhD yang sebenarnya tidaklah apa sangat.

Adakah dengan hasil kajian PhD mampu mengubah dunia? Tidak. Ia hanya sekadar menambah pengetahuan. Dunia berubah kerana permainan manusia politik, bukan datangnya dari penyelidikan akademik.

Adakah dengan penyediaan proposal cepat akan menghasilkan kajian tidak berkualiti?

Tidak. Berkualiti atau tidak kajian bukan pada tajuk, tetapi pada metodologinya. Tidak perlu mencari kelompangan kajian berasaskan tajuk, tetapi buktikan bahawa metodologi terdahulu tidak relevan.

Bagaimana kalau kajian pelajar tadi gagal?

Tidak mengapa. Beliau akan belajar sesuatu. Dia boleh menulis satu atau dua manuskrip jurnal dari data yang dikutipnya. Dengan kelemahan yang ditemui sepanjang setahun permulaan ini, dia akan boleh menjalankan kajian seterusnya.

Dia tidak perlu mengkritik kajian orang lain. Dia hanya perlu mengkritik kajiannya sendiri untuk menjalankan kajian baru. Sepanjang 3 tahun nanti, dia berpeluang belajar kaedah penyelidikan yang terbaik dengan beberapa siri kajian lain. Dia juga berpeluang menerokai pelbagai jenis statistik terkini yang ada dalam dunia akademik.

Sekurang-kurangnya, 6 kajian boleh dilakukan sepanjang 3 tahun menjalankan PhD.

Siapa kata PhD ini susah?

Susahnya PhD bila kita bertemu dengan para 'otai' yang berasa besar diri dan tahu segala. Itulah budaya 'power distance' masyarakat kita.

Setiap kali bertemu penyelianya, mereka akan diminta dengan hal yang sama.

Tambah lagi! Tambah lagi!

Tambah apa? Cuba beritahu.

Itu yang menjadikan PhD ini seperti meniti jalan berduri ke taman impian.

5 comments:

Anonymous said...

setuju bangat!!!!

Surah
Adelaide

jedi said...

salam tuan,

baca entri ni, buat rasa semangant nak sambung master semakin menebal. kan bagus kalau semua lecturer macam tuan. byk membimbing dari meminta tambah saja.

Anonymous said...

Assalam, saya mengalami nasib yg sama :(

Wan nadiah said...

Assalamualaikum..alhamdulillah..menemui dan membaca entri dlm blog tuan semakin meningkatkan keyakinan sy yg bercadang utk melanjutkan pengajian ke peringkat phd pd thn 2014 ini..semoga semangat sy terus membara melalui pembacaan dari blog ini..

Wan nadiah said...

Assalamualaikum..alhamdulillah..menemui dan membaca entri dlm blog tuan semakin meningkatkan keyakinan sy yg bercadang utk melanjutkan pengajian ke peringkat phd pd thn 2014 ini..semoga semangat sy terus membara melalui pembacaan dari blog ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails