Yang Ikut

Thursday, 12 April 2012

Tolong SMS kami!

Reactions: 
Hari ini, gempa bumi pada 8.6 skala Richter berlaku di Acheh. Ia menakutkan kita semua akan berulangnya tsunami tahun 2004.

Gegaran itu bukan hanya dirasai di Acheh, tetapi juga di Malaysia. Gegaran itu dirasai di banyak tempat di utara tanahair.

Termasuk juga di sekitar Kuala Lumpur termasuk Putrajaya.

Persoalannya, kenapa tidak ada amaran gegaran atau maklumat terkini yang dihantar kepada kita melalui sistem pesanan ringkas? Mengapa syarikat telekomunikasi kita hanya menghantar banyak hal remeh temeh, muat turun ringtone, iklan dan segala macam promosi sahaja, yang adakalanya kita menyampah membacanya.

Mengapa amaran sedemikian tidak dihantar kepada masyarakat melalui sms sebagai satu khidmat sosial percuma. Tidak semua orang ada televisyen atau internet untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di luar. Nelayan di laut tidak tahu apa yang berlaku. Penoreh getah di kebun juga tidak tahu. Pekerja binaan di atas bumbung juga tidak tahu.

Tetapi, hampir semua orang mendapat manfaatnya kalau syarikat pembekal telekomunikasi mengirimkan kita sepatah dua ayat memaklumkan apa yang sedang berlaku.

Sudah sampai masanya pemerintah mewajibkan hal seumpama ini dilaksanakan. Kalau semua orang mati dalam gempa, syarikat telekomunikasi akan bungkus bersama.

Mereka yang membuat polisi harus menggunakan segala keazaman politik untuk meningkatkan mesej berkaitan keselamatan rakyat.

Sampai masanya, kita semua perlu membuat sesuatu. Selamat adalah sesuatu yang menjadi milik kita semua. Selamat bukan hanya tidak disamun di tengah jalan. Selamat juga boleh jadi dapat mengelak dari ditimpa siling ke atas kepala.

Tolong sms kami.


2 comments:

MFTAQIYUDDIN said...

Assalamualaikum Dr

Waktu kekecohan semalam saya dan ramai lagi mendapat maklumat melalui sebaran rakan rakan di FB. Agak bersatu juga kita semua tatkala bencana berlaku.

'Mengapa syarikat telekomunikasi kita hanya menghantar banyak hal remeh temeh, muat turun ringtone, iklan dan segala macam promosi sahaja, yang adakalanya kita menyampah membacanya' (haha bab ini memang saya setuju dan menusuk sindirannya pada yang berkenaan)

Berkenaan SMS itu memang satu idea yang baik.Sebagai satu lagi tambahan dalam inisiatif penyebaran maklumat.

Cuma terfikir juga saya mungkin perlu difikirkan juga inisiatif mengelakkan SMS palsu/berantai dalam menyebarkan maklumat. Takut berlaku panik besar besaran.

Pendapat saya yang kerdil.

Terima kasih.

Anonymous said...

Saya peminat blog ni...sentiasa ternanti2 entry terbaru incik fakir nih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails