Yang Ikut

Wednesday, 14 March 2012

Carikan aku secawan kopi

Reactions: 
Besok pagi aku ke Kuching. Lama dahulu, sekitar tahun 2002 aku ke Sibu dan Kuching. Ia 10 tahun dahulu. Aku suka Sarawak kerana sungainya. Aku suka Sarawak kerana sungai, pasar basah dan orangnya. Aku suka melihat ikan terubuk segar yang dijual di sana. Hal lain aku tidak suka. Aku tidak berminat dengan makanannya. Bukan hanya di sana, di Semenanjug pun aku tidak berminat dengan apa jenis makanan pun.

Apa lagi yang menarik di Sarawak? Mungkin hutannya. Itu hal yang jarang aku ada peluang. Aku memang suka hutan, tetapi malangnya kitar hidup aku banyak di bandar. Aku suka melihat sungai dan pokok. Sayang, Kuching tetap juga bandar. Ia tetap bukanlah tempat yang aku suka walaupun sepanjang usiaku, banyak masa aku habiskan menyedut habuk dan debu bandar.

Apa lagi yang menarik di Kuching? Mungkin kopinya. Itu yang akan aku cuba cari besok malam. Ada sesiapa yang membaca blog ini dari Kuching. Bawakan aku ke kedai kopi yang unik. Kedai kopi yang bukan sama dengan Starbucks atau WhiteCoffee. Ia sama sahaja. Kedai kopi yang klasik, tua dan usang mungkin satu hal yang mempesonakan untuk dikenang. Semakin buruk kedainya, semakin aku suka.

Aku hanya mahu menyedut beberapa batang rokok dan secawan kopi. Yang lain aku tidak mahu ambil tahu.

3 comments:

ank_ayah said...

Err moga Allah beri tuan taufiq dan hidayahNya utk berhenti merokok. :) Amin

Anonymous said...

elok gi kedai syuro kuching dekat masjid negeri lama di tengah bandar kuching. kedai makan nama nya lot 1. kalau yang masak nya syuro tu sendiri mmg sodap maa. nama beliau Abang kasim. cuba gi

ajaq said...

ko tanya lah kat kucing tu bro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails