Yang Ikut

Friday, 24 February 2012

Manusia dan topeng hidup

Reactions: 
Tidak tahu apa yang hendak ditulis.

Jadi, aku link sahaja tulisan aku yang lain disini. Tolong cadangkan aku tajuk yang agak panas untuk aku tulis minggu hadapan. Ia terbit setiap Jumaat.

Kebelakangan ini dunia kian sibuk. Ini semester akhir pelajar tahun akhir di jabatan aku. Sebenarnya, mereka yang sepatutnya sibuk, bukannya aku. Malangnya aku terseret sibuk sama. Khususnya hal-hal statistik dan kajian.

Ketika aku belajar dulu, pensyarah hanya memberikan tugasan. Segala hal lain diselesaikan pelajar. Waktu itu, dunia masih gembira dengan SPSS. Waktu itu juga, bukan semua pensyarah tahu software statistik ini. Jadi, tidak dapat tidak, pelajar perlu cari sendiri.

Aku pula, datang dari dunia yang lain. Aku seperti dulu, masih 'rock n roll'. Aku tidak peduli sangat hal formaliti. Kebanyakan pelajar bawah seliaan aku memakai AMOS atau NviVO. Memandangkan tidak ada orang lain yang tahu hal ini, jadi akulah yang perlu mengajar mereka. Tetapi aku sebenarnya agak gembira apabila ada pelajar kita yang sedikit 'terkehadapan' dalam hal-hal seperti ini.

Bagi aku, ini satu kejayaan.

Benarlah, aku akan selalu 'push' mereka agar melakukan sesuatu dengan cepat. Itu sebenarnya skill dunia perkerjaan moden. Mereka yang lambat akan tersingkir dalam persaingan. Ia berlaku di seluruh dunia.

Dan berkerja dengan cepat itu jugalah cara aku selama ini. Sama ada mereka suka atau tidak, aku sukar untuk mengubah personaliti aku. Pelajarlah yang perlu mengubah cara mereka. Tetapi, jangan lupa - aku tidak akan membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa arah.

Selamat menulis tesis para pelajar!

2 comments:

Kolek Kecil said...

Di tempat saya pun tak ada orang tahu apa itu nVIVO dan AMOS.

fiq. said...

macam sama kes saya dan rakan2, kene bentangkan tajuk ni untuk kawan2. memang mencabar, sebab kurang rujukan dari org perseorangan sebab tak ramai yg tahu. kalau boleh, ceritakan lah, apa itu NVIVO ye... =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails