Yang Ikut

Tuesday, 14 February 2012

Budak itu pelik, atau kita yang pelik?

Reactions: 
Di tanah air, sejak beberapa hari ini kecoh dengan berita seorang pelajar yang selepas kemalangan, tiba-tiba boleh ercakap bahasa Korea dan Jepun. Bagi penggemar dunia mistik, tentulah ini ada kaitan dengan jin. Bagi yang tidak berminat dengan dunia saintifik, tidak ada apa-apa penjelasan yang boleh dilakukan melainkan ia fenomena ajaib.

Bagaimana mana pula dengan anda?

Sebenarnya bahasa ia kemahiran yang perlu dipelajari. Ia tidak akan datang sendiri. Ia berlainan dengan melukis. Manusia akan bercakap bahasa burung kalau sejak kecil hanya berkawan dengan burung dan tidak berbual atau mendengar bahasa manusia. Manusia akan jadi bisu kalau tidak pernah mendengar sepatah kata bahasa pun.

Kalau begitu, bagaimana pula dengan keanehan bahasa budak ini? Tidakkah ia hebat.

Ia tidak hebat, dan tidak pelik.

Soalan yang patut ditanya oleh peminat berita pelik - adakah benar budak itu bercakap bahasa Korea atau Jepun? Atau ia hanya sekadar bunyi seperti bahasa tersebut, tetapi bukan? Bagaimana kalau orang Jepun atau Korea mendengarnya, fahamkah mereka?

Keduanya, adakah budak ini peminat filem Korea atau Jepun? Dia mungkin menyimpan memori bahasa tersebut dalam alam tidak sedar, lalu dimunculkan setelah kemalangan? Seperti kita yang pernah belajar bahasa Inggeris - tetapi tidak pernah sepatah kata pun bercakap. Tiba-tiba terbangun dari tidur dan bercakap bahasa Inggeris. Ia bukan pelik.

Katakanlah - budak itu tidak pernah seumur hidupnya menonton filem Jepun atau Korea, tetapi memang selepas kemalangan boleh bercakap kedua-dua bahasa tersebut, orang bertanya bahasa itu dari mana datangnya?

Aku tidak pernah akan bertanya dari mana pakar sekalipun.

Aku cuma katakan, aku tidak mudah percaya dengan hal yang tidak munasabah.

Aku selalu mendengar deru angin, tetapi aku tidak akan percaya dengan bahasa angin!

2 comments:

jedi said...

Seorang kawan zaman belajar dulu penah histeria gara-gara bermain dekat tunggul pokok yang jadi tempat sembahyang orang siam. Sedar dari histeria dan pengsan, dia boleh cakap siam. Memang pernah dengar dia cakap siam pun.

Wallahualam.

Amirul Imani said...

Budak tu mungkin bercakap bunyinya seperti Korea tapi tidak betul. Kalau kena rasuk boleh juga dipercayai sbb abang saya pernah cakap Siam walaupun masa tu baru kecik lg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails