Yang Ikut

Tuesday, 28 February 2012

Bila aku dikunjungi...

Reactions: 
Hari ini, beberapa pegawai polis datang ke pejabat saya.

Tetapi, mereka bukanlah datang untuk menyiasat salah laku atau salah guna kuasa. Mereka datang untuk menemuduga saya bagi bercakap hal pembaikan polis, dan bertanya saya apa pandangan saya mengenai polis.

Perbualan saya dirakamkan oleh lensa kamera video. Saya tidak pernah terbiasa dengan alat perakam seperti ini. Saya bukan artis. Saya hanya pensyarah biasa sahaja.

Saya bercakap hal personaliti polis seperti yang saya pernah tulis sebelum ini. Saya juga bercakap hal working memory yang menjadikan anggota polis yang tidak cekap cenderung untuk menembak manusia walaupun manusia di depannya bukanlah ancaman.

Saya mencadangkan agar pengambilan anggota polis dapat disaring dengan ujian psikologi tertentu, agar tidak berlaku kita mengambil mereka yang bukannya berminat dengan kerja polis, tetapi hanya memohon kerana tidak ada kerja.

Bagaimana pun, saya juga menyatakan bahawa anggota masyarakat tidak patut meletakkan terlalu banyak kesalahan di tangan polis. Ada hal-hal yang sepatutnya penjenayah tidak diraikan sebagai wira seperti yang selalu berlaku. Ini melemahkan moral anggota polis. Walaupun pada masa yang sama, kita juga tidak mahu kes seorang remaja ditembak polis berlaku lagi.

Itulah yang saya bualkan semasa wawancara itu.


3 comments:

jedi said...

bukan polis je...saya rasa semua anggota kerja kerajaan perlu di buat ujian tersebut bagi melahirkan tenaga kerja kerajaan yang benar-benar effisien...

mangkuk statik said...

Tak elok nipu. Diaorang datang nak test air kencing hang betul tak? Kamon la. Kes kau belum tutup lagi tu! Hahaha, Ngaku je lah bro. Takan kau nak jadi macam DSAI yg menafikan sampai ke mati.
Kamera tu hanyalah utk in case kau nak terjun tingkap masa tengah "interrogation" tu....hahaha

ajaq said...

semua pansyarah termasuk hang
dan ahli politik yang ada dan akan bertanding patut di disaring...hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails