Yang Ikut

Saturday, 18 February 2012

Baharu ini baru, atau baru ini baharu?

Reactions: 
Kalau anda selalu membaca akhbar, kita akan terperasan dengan ayat 'baharu' bagi menggantikan patah kata 'baru'. Patah kata baharu ini bukanlah baru, ia ayat Melayu lama juga. Cuma sebab cara kita menguruskan bahasa ini agak pelik, kita kadang-kadang mengubahnya berkali-kali. Setiap kali ada pemimpin baru, kita ada polisi bahasa yang baharu. Setiap kali ada orang baharu, dasar bahasa kita menjadi baru.

Dulu baharu menjadi baru, kini baru kembali menjadi baharu.

Harapnya ia tidak menjadi haru biru.

Dulu ada bahasa baku, kita kembali menjadi bahasa tak berbaku.

Yang baharu hanyalah istilah baru, tetapi bahasa kita tak ke mana juga.

Tidak pastilah mengapa harus diubah ayat baru ini, atau patah kata baharu ada makna yang lain dan tidak bermaksud baru. Orang bahasa tentu boleh menjawabnya. Tidak kiralah dari mazhab bahasa lama, baru atau baharu. Harap ada penjelasan.

Aku orang baru dalam dunia bahasa Melayu baharu ini. Aku mungkin juga tidak begitu baharu dalam dunia bahasa baru.



Selain ayat baharu ini, patah kata 'di kalangan' juga telah tiada. Ia digantikan dengan 'dalam kalangan'. Menjadikan aku yang baharu pulang dari luar negeri ini tidak begitu mengerti sangat dengan hal baharu dalam bahasa.

Apa salahnya di kalangan, dan mengapa harus dalam kalangan?

Perlu ada penjelasan. Nanti akan muncul pula ayat di luar kalangan. Ia boleh sahaja terjadi kalau dasar bahasa kita yang sekejap baharu, sekejap baru ini tidak berubah.

Baru ini baharu, atau baharu itu baru. Semua orang seperti aku akan jadi keliru.

3 comments:

umu6point said...

Sangat setuju dengan tuan. Perlukan pencerahan dari yang ahli ni..

Salmi said...

Saya ingatkan saya seorang sahaja yg keliru dgn penggunaan 'baharu' recently. Ejaan lama di'baharu'kan. Menurut kakak ipar (seorang guru sekolah) bahasa Melayu/Malaysia murid sekolah rendah lagi sukar dari murid sekolah menengah. Jadinya sebelum anak ke sekolah, ibubapa kena 'tuisyen' bahasa terlebih dulu? atau 'dahulu'? :D

alfindani said...

Mmg ketara sungguh penggunaan perkataan baharu dlm iklan2 & berita.

Kalau rujuk kat link di bawah ni sama saja maknanya. Agaknya ada khilaf mazhab ahli bahasa Melayu.. :)

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baharu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails