Yang Ikut

Sunday, 15 January 2012

Update hujung minggu

Reactions: 
Saya baru sahaja menyiapkan dua artikel bagi ruangan kolum di dalam "Psikologi & Masyarakat" untuk suratkhabar Kosmo edisi Jumaat. Asalnya saya mahu menulis hal cinta warga Nigeria, tetapi nampaknya sepanjang menulis, tajuk lain yang datang dulu. Sesiapa yang ingin membacanya, belilah suratkhabar Kosmo setiap Jumaat.

Saya menulis hal pendidikan anak-anak dan juga hal jenayah. Saya rasa ia hal yang penting untuk saya maklumkan pandangan saya kepada ahli masyarakat dengan menggunakan pandangan psikologi saya.

Sebenarnya, mutakhir ini saya agak sibuk. Saya ada beberapa projek proposal penyelidikan. Antaranya telah saya hantar kepada
Dr Ben yang tujuan kami mengenalpasti punca kemalangan di tempat kerja. Projek saya yang lain ialah peranan stress dan kemalangan jalanraya. Saya juga merangka satu projek kajian 'contagion' effect.

Seperti biasa, saya selalunya membuatnya sendiri. Saya tidak begitu menjalankan kerja-kerja secara kumpulan bagi hal seperti ini. Pertamanya, saya takut kerja menjadi lambat kalau ada banyak tangan. Keduanya, saya memang suka menulis secara berseorangan.

Ada seorang pelajar PhD mengirimkan email untuk bertanyakan hal structural equation modelling. Kerana ia hal statistik dan melibatkan data, saya memintanya datang bertemu saya. Sebenarnya, saya tidak kisah sangat pun sesiapa yang mahu datang bertemu saya. Saya tidak mengamalkan sebarang protokol. Sesiapa yang berhajat boleh datang.

Saya mungkin sedikit sibuk. Tetapi bagi saya, apabila ada orang menghubungi kita, tentulah mereka sedang menghadapi hal yang sedikit sukar.

Apa rencana saya selepas ini?

Saya ingin menulis buku akademik. Tapi prosesnya mungkin agak lambat.

Ada sesiapa yang ingin melakukan penyelidikan master atau Ph.D. Saya ada banyak ilham yang boleh membantu anda.


3 comments:

ainishamsi said...

Salam Abang Awang, perlu buat temujanji ka nak jumpa?

abby said...

slm sdr Awang,
apa pandangan sdr sbg seorg ahli psikologi tentang jenayah psikologi ?sy pn kurang pasti tepat @ tidak soalan sy ini..tetapi maksud sy seperti pengeluaran perkataan seseorg kepada seseorang yg lain sehingga membentuk sikap negatif mangsa.Perkara ini sy berpendapat manafaat jika dipaparkan dalam kosmo @ sumber media untuk kesedaran.Sy rasa sdr lebih arif utk memahami maksud sy ini.

FakirFikir said...

Ya, saya faham maksudnya. Nanti saya ulas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails