Yang Ikut

Wednesday, 18 January 2012

Tips memandu di Kuala Lumpur

Reactions: 
Beberapa hari kebelakangan ini, saya tidak ada isu untuk ditulis.

Tapi setelah beberapa bulan ini, setiap hari saya terperangkap dalam kesesakan jalanraya. Agak memenatkan.

Bagaimana pun, saya mendapat tips yang tidak sihat.

Sekiranya anda ingin mencelah ke kiri atau ke kanan, ketika kereta sedang padat dan tidak bergerak, jangan sesekali memberikan signal. Saya dapati, kalau kita memberi signal, nanti kereta di sebelah akan terus menghimpit dan tidak akan berasa belas kasihan. Mereka tidak akan memberikan anda ruang untuk masuk.

Bagaimana pun, kalau tidak memberikan signal, dan dengan cara memandu yang tidak berapa senonoh, mudah pula mereka memberikan laluan.

Pelik sungguh cara hidup pemandu di Malaysia.

Bagaimana kalau mereka masih tidak pedulikan anda?

Turunkan cermin kereta anda, dan cuba anda sedikit menoleh ke kereta di sebelah anda. Berikan sedikit renungan sinis.

Dalam keadaan ini mereka akan memberikan anda ruang untuk mencelah.

Sebabnya mereka mungkin berasa malu.

Burukkah tabiat kita ini semua?

Burukkan tabiaat kita ini?




2 comments:

Kolek Kecil said...

Kene tengok dulu pada siapa nak bagi pandangan sinis tu. Silap2 nanti kene sergah balik. Jangan kene belasah tengah2 jam. Hohoho...

Anonymous User said...

x berhemat langsung pemandu di bandaraya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails