Yang Ikut

Thursday, 5 January 2012

Saya bukan pakar

Reactions: 
Saya diminta untuk menghantar artikel untuk satu ruangan kolum di sebuah akhbar. Kerana saya masih tidak tahu sama ada artikel itu bakal diterima atau belum lagi, dan apakah bentuk kolum itu, saya tidak dapat menyatakan apakah suratkhabar tersebut. Saya akan memaklumkannya setelah kolum tersebut muncul dahulu.

Apakah sebenarnya hasrat saya. Saya berhasrat untuk memberikan pendedahan psikologi kepada maasyarakat, sesuai dengan kelayakan dan pengetahuan saya. Bagaimana pun, seperti mana tidak semua masalah manusia dapat diselesaikan oleh ilmu psikologi, psikologi juga tidak akan mampu menerangkan semua fenomena yang berlaku. Ilmu Tuhan ini sangat luas yang tak akan tercangkup oleh akal manusia. Ilmu yang kita ada, setinggi mana pun kita beroleh pendidikan, tidak sampai pun sebesar zarah kalau dibandingkan dengan isi dunia ini. Mustahil kita bijak semuanya.

Sebab itu, tidak ada sesiapa pun yang boleh mendakwa mereka pakar. 'Pakar' seperti yang kita sebut hanyalah sekadar untuk menceritakan kapasiti pengetahuan yang sekelumit itu sahaja.

Semalam, saya menceritakan tentang resah hidup saya. Saya juga mengirimkan email ke satu benua yang lain. Saya sekadar mencuba nasib.

Pagi tadi, saya dihubungi mereka - seorang pengkaji dan ahli akademik yang terkenal juga. Mereka akan menemuduga saya melalui telefon minggu hadapan.

Saya sekadar mencuba dan menduga sahaja. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup saya.

4 comments:

fastabiqul khairat said...

tahniah.... semoga rezeki untuk menulis artikel ke akhbar semakin bertambah...

Dr. Ben said...

hang tak nak berjuang dalam negara, tak nak berdemonstrasi dan juga malas nak melayan budaya sendiri?

OK nanti aku ikut hang!

Anonymous said...

mai sini...temankan aku!jangan risau aku boleh buat teh tarik hang...stok teh dari malaysia dah ada.

Anonymous said...

tahniahla.. semoga berjaya dalam kerjaya.....daripd; org chngloon. krim slm kt chah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails