Yang Ikut

Wednesday, 11 January 2012

Menunggu jam 1

Reactions: 
Menunggu jam 1 tengahari.

Beberapa jam lagi, saya akan diinterview melalui telefon untuk jawatan Post Doctoral Fellowship untuk sebuah universiti di Sydney, Australia.

Sebenarnya, ia bukanlah jawatan yang bersifat tetap. Post Doctoral Fellowship biasanya merujuk kepada pekerjaan bersifat penyelidikan, dan tempoh yang biasanya ditawarkan ialah 1-3 tahun.

Jawatan ini lebih kepada latihan kepada mereka yang baru menyelesaikan kajian peringkat Ph.D. Antara kriteria lain yang diambil kira termasuklah mempunyai beberapa penerbitan, menguasai beberapa software statistik dan yang paling utama, calon mestilah mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diiklankan.

Walaupun ia bukanlah jawatan tetap, tetapi mereka yang berjaya mendapat tempat akan dibayar gaji dalam lingkungan 8,000 AUD ke 9,500 AUD sebulan. Kelihatannya agak besar, dalam lingkungan RM25,000 sebulan. Sebenarnya ia tidaklah sebesar mana memandangkan kos sewa rumah, pendidikan anak dan insuran kesihatan yang juga tinggi.

Ada juga jawatan Post Doctoral Fellowship yang tidak dibiayai oleh universiti di tempat kita melakukan penyelidikan. Sebaliknya gaji dan elaun sara hidup dibayar oleh universiti yang menghantar penyelidik tersebut. Ia sama sifatnya dengan penghantaran pelajar ijazah MA atau Ph.D ke luar negara.

Apa perasaan saya?

Saya tidak mempunyai apa-apa perasaan.

Saya hanya ingin ke kafetaria untuk secawan teh tarik.

Kalau saya berjaya, mungkin selepas ini saya boleh menulis cerita dari luar negara sekali lagi!

Doakan saya ya.

7 comments:

alien said...

all the best bro!!

umu6point said...

InsyaAllah, semoga Allah swt permudahkan urusan tuan hari ini :)

mala said...

InsyaAllah ... gud luck

Salmi said...

All the best tuan! Semangat researcher yg jitu.

alfindani said...

Salaam.
Beberapa minit lagi ke jam 1.. InsyaAllah, sy doakan berjaya. Ameen.

Norsha said...

Semoga berjaya tuan...

zarch said...

Semoga Allah permudahkan segala urusan tuan DR..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails