Yang Ikut

Thursday, 5 January 2012

Demo: Polis, pelajar dan politikus

Reactions: 
Mentutup tirai tahun 2011 ialah peristiwa demontrasi di kampus UPSI.

Secara dasarnya, seperti teman saya,
Dr Ben - saya juga tidak menolak demontrasi kerana ia sebahagian hak yang wajar dalam demokrasi. Bagaimana pun, saya beranggapan demokrasi bukan sekadar hak berdemontrasi. Kalau setiap hari kita diledakkan dengan berita demontrasi, demontrasi dan demontrasi - makna sebenar di sebalik demokrasi itu sendiri akan hilang.

Adakah semua perkara perlu disudahkan dengan demontrasi?

Akan muncul pula anarki - kitaran yang bertentangan dengan demokrasi.

Anda telah melihat betapa tahun 2011 siri demontrasi di negara Arab, hingga ada pemimpin yang jatuh, ada yang dibunuh.

Ada yang gembira, ada yang ketawa. Cuma tidak ramai yang berfikir.

Mengapa hanya di beberapa buah negara Arab dan Libya, dan bukan di Somalia?

Baik sangatkah pemimpin dari dunia lain di China atau India?

Isu utamanya bukanlah demokrasi - isu utamanya ialah minyak. Negara Arab ini adalah negara minyak. Yang mencucuh demontrasi ini ialah kapatalisme yang mungkin sedang menghitung laba, yang sedang duduk di kerusi empuk sambil menonton berita CNN di dunia Barat. Dan demontrasi ini akan selalu dibisingkan apabila Demokrat memerintah Amerika. Hak asasi, kebebasan akhbar dan penghapusan kronisme ini telah menjadi pakej yang selalu dibawa oleh parti ini.

Ingat lagi ucapan Al-Gore tahun 1998 dulu ketika di Malaysia?

Di UPSI - pelajar meminta kebebasan. Polis pula, sesuai dengan pekerjaannya akan bertindak menahan dan menangkap. Tentulah dalam suasana keributan akan ada insiden. Itu biasa.

Pelajar mungkin ada yang dibuang. Ada yang cedera. Polis pula akan dicerca dan diperkatakan gelagatnya. Pelajar dan polis - kedua-duanya akan membawa label buruk bersama.

Kedua-dua pihak, polis dan pelajar akhirnya menjadi objek yang diremehkan.

Tapi tentu ada yang mengaut untungnya?


Siapa pihak yang lagi satu itu?

Itulah politikus. Mereka ini tidak kelihatan di mana-mana. Mereka tidak disentuh oleh sesiapa. Mereka hanya mengambil untungnya sahaja. Untung-untung menang lagi, dan gaji terus dibayar.

Aku - pensyarah di universiti. Aku tidak mengharapkan apa-apa.

Bila aku melihat seikat kertas kerja - yang kualitinya membuatkan aku merasa terpinga-pinga. Sesekali aku merasa curiga sama ada mereka telah melakukan 'copy & paste'. Pada waktu yang lain, aku merasa lelah apabila mereka tidak membaca buku dan sangat malas.

Aku patut katakan - tolonglah. Tolonglah memberikan demontrasi terbaik dalam bilik tutorial dan dewan peperiksaan. Bukan berdemontrasi di jalanan dengan hal yang tidak patut, dan waktu yang tidak kena.

Tolonglah. Lebih baik anda membaca buku HD Laswell atau Doroty Pickles tentang sains politik dari meminta kebebasan, sedangkan kebebasan yang diberi selama ini belum tentu telah dipergunakan seluasnya.

Aku sebagai pensyarah sangat merasa bangga kalau mereka berdemontrasi kerana di perpustakaan tidak cukup buku, kami tidak mengajar teori yang baru, atau tugasan yang diberikan pensyarah terlalu mudah topiknya!

6 comments:

Ismi Ijmi said...

hah,terbaik

Dr. Ben said...

nice one!

ainishamsi said...

mantap!

Kolek Kecil said...

Luar biasa Dr.

jedi said...

btol tue Dr..

lebih baik fokuskan pada pelajaran

zarch said...

Benar pandangan tuan, Dr, hanya-sanya tentang pergolakan dinegara-negara Arab, saya terpaksa menyangkalnya kerana sesiapa yang biasa kenegara-negara tersebut dan hidup dikalangan rakyat biasa akan memahami kenapa berlakunya Arab Spring. Ianya bukan semata-mata kerana minyak, tetapi kerana keadaan kehidupan yang tertekan. Keadaan seperti Malaysia ditahun 60an yang memerlukan sesuatu untuk perubahan yang lebih baik.

Malah negara-negara yang direvolusikan ini, semuanya sebelum ini menentang dakwah dan kebangkitan Islam biarpun menampilkan imej KeIslamannya. Seperti contohnya, diTunisia yang saya biasa kesana, nak solat dimasjid pun tak dibenarkan melainkan waktu solat dimana masjid dibuka. Selepas setengah jam solat Asar, masjid ditutup kembali sehinggalah waktu magrib baru dibuka semula.

Sebagaimana contohnya juga diMesir yang pemerintah dahulu begitu zalim bukan sahaja menutup sempadan Gaza, malah barang-barang yang dibawa untuk bantuan keGaza juga sering-kali dirampas, sedang saudara Islam diGaza mati kebuluran.

Memang tidak dinafikan, pihak-pihak kapitalis sentiasa cuba mengaut sebanyak mana keuntungan dari segala kesempatan yang dapat, namun bukan mereka yang memulakan revolusi Arab Spring, hanya mereka menangguk diair keruh untuk keuntungan mereka.

Wallahuallam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails