Yang Ikut

Tuesday, 31 January 2012

5 tahun FakirFikir

Reactions: 
Aku mula meletakkan huruf bagi tulisan di FakirFikir 1 Februari 2008. Tahun 2012 ini, masuklah tahun kelima blog ini wujud dalam jutaan laman blog yang lain. Ada blog yang kekal, ada yang terpadam. Ada yang punya ribuan pembaca, ada yang ada beberapa kerat.

Secara jujur, aku tidak kisah sangat kalau pembaca di blog ini mencecah puluhan ribu, atau hanya seorang sahaja. Aku hanya menulis untuk bersuka-suka, sekali melepaskan resah fikir. Daripada apa yang aku tulis, ada yang bermanfaat, ada yang tidak. Ada pembaca yang merupakan teman-teman aku sendiri, ada yang tidak aku kenal pun siapa mereka.

Kebelakangan ini, aku jarang menulis hal yang menyukarkan akal. Mungkin sebab aku penat berkerja, dan juga sebab aku kian sibuk. Bilik aku boleh dikunjungi setiap hari, tanpa perlu protokol dan temujanji. Temujanjinya berdasarkan ketuk sahaja. Kalau aku ada, temujanji on. Kalau tidak ada, datang waktu lain.

Walaupun aku sudah menambah beberapa buah kerusi dan sebiji meja, nampaknya adakalanya pelajar datang secara gerombolan. Ada yang sememangnya pelajar seliaan aku, ada yang tidak.

Sebenarnya menulis blog bukanlah sesuatu yang tidak memberi manfaat. Bagi mereka yang tidak mahir menulis, mungkin menulis di blog ialah satu cara yang boleh meningkatkan keupayaan berfikir anda. Isu utama penulisan ialah pemikiran. Kalau anda rajin membaca dan rajin berfikir, anda boleh menulis dengan baik.

Blog juga sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia penyelidikan. Ia boleh merakamkan pengalaman anda, yang sesekali boleh dibaca orang lain. Sesekali, anda akan dihubungi orang lain, yang kemudiannya mungkin menjadi rakan anda. Ada beberapa orang pembaca yang menjadi teman aku - walaupun secara fizikalnya aku tidak pernah sekali pun melihat muka mereka.

Mungkin ini adalah sebahagian dari kehidupan zaman ini.

FakirFikir sudah mencecah 5 tahun. Kalau ia bertahan 5 tahun lagi, maknanya aku sudah cukup tua untuk terus menulis bahasa orang muda.

Selamat membaca. Terima kasih kepada semua yang mengunjung laman ini.











4 comments:

WanGusta said...

tahniah doc.selamat ulang tahun yg ke 5 =)..teruskan menulis.ramai yang sudi membaca, dan dahaga...

alfindani said...

Semoga terus menulis. Selain membaca, menulis adalah senaman minda.

selamat menyambut "Jubli tembaga". :)

Anak Pendang Sekeluarga said...

wah,dh senior dlm arena blogging...tahniah...

umu6point said...

Sentiasa setia membaca setiap tulisan tuan. Semoga tidak lelah mahu berkongsi dan membuat orang lain turut berfikir akan sesuatu isu yang di ketengahkan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails