Yang Ikut

Friday, 23 December 2011

Stress dan kesihatan - Part 1

Reactions: 
Kita mungkin berkata bahawa hidup kita ini bahagia sahaja. Tidak langsung mengalami stres. Pergi kerja dan pulang kerja seperti biasa. Tidak ada masalah.

Hakikatnya, cuba kita perhatikan betul-betul hidup kita.

Ada hari yang kita merasa sangat tenang sekali. Seolah-olahnya kita bangun pagi dan berada di tengah pergunungan hijau. Tidak ada langsung perkara yang digusarkan.

Pada hari lain, kita merasa seperti ada yang tidak kena. Tetapi, kita tidaklah pula seperti orang yang kebingungan. Ia seperti normal. Kita seperti orang lain juga.

Hakikatnya, itulah hal yang tidak kita sedari. Mengapa ada hari yang kita sangat tenang, dan ada hari yang kita rasa ada 'sesuatu' yang tidak kena. 'Ada sesuatu yang tidak kena' itulah sebahagian stres yang sedang kita alami. Kita tahu ada sesuatu, tetapi kita tidak tahu apa sesuatu itu.

Kita andaikan ia hal yang kecil sahaja. Ia sepertinya tidak akan membunuh kita.

Hakikatnya, itulah yang sedang membunuh kita.

Anda boleh melakukan ujikaji ini. Ambil sebotol air mineral yang kecil. Pegang dengan dua jari anda sahaja (gunakan ibu jari dan jari telunjuk). Ia ringan dan anda mampu memegangnya. Tidak ada apa-apa pun beban yang dirasai. Bagaimana pun, ia kelihatannya semakin berat apabila anda memegangnya dengan lebih lama, walaupun berat air di dalam botol tidak bertambah.

Anda orang yang mampu memegangnya 5 minit. Ada yang mampu memegangnya 10 minit. Ada yang lebih lama lagi. Ada yang mampu 30 minit. Tetapi, pada akhirnya anda akan dapati bahawa botol itu bakal menjadi terlalu berat dan terpaksa dilepaskan.

'Prolong' benda yang ringan inilah yang akan menyebabkan banyak daripada kita ditimpa masalah pada hujungnya. Kita membawa masalah yang tidak kita sedari.

Banyak daripada beban yang hadapi di tempat kerja ini sebenarnya menjurus kepada masalah keletihan emosi. Keletihan emosi inilah sesuatu yang sangat berat, sebab kita tidak tahu berapa banyak beban yang kita bawa. Tidak juga tahu berapa lama kita menanggung beban ini. Ia beban tidak kelihatan. Ia sepertinya normal, hakikatnya tidak.

Ia berbeza dengan keletihan fizikal seperti kerja mencangkul. Ia akan hilang apabila kita rehat, mandi atau tidur. Tetapi keletihan emosi tidak akan hilang dengan hanya mandi atau tidur. Ia dibawa lagi hingga keesokan hari, bahkan memakan masa bertahun-tahun. Sebab itu kita dapati ada orang yang mati terkejut, walaupun kelihatan seolah-olahnya mereka sihat.

Kajian klasik yang terkenal, oleh Dormann dan Zapf (1999) misalnya, perlu menunggu selama 3 tahun untuk membuktikan bahawa keletihan emosi ini menyebabkan kemurungan. Maksudnya, keletihan emosi hari ini tidak menunjukkan kesan pada tahun pertama atau kedua. Tetapi, setelah terlalu lama, didapati orang yang mengalami keletihan emosi yang berpanjangan akan menanggung risiko kemurungan.

Kajian-kajian juga menunjukkan hal yang sama terhadap penyakit fizikal.

Nanti kita sambung.

4 comments:

Dr. Ben said...

"Anda boleh melakukan ujikaji ini. Ambil sebotol air mineral yang kecil. Pegang dengan dua jari anda sahaja (gunakan ibu jari dan jari telunjuk). Ia ringan dan anda mampu memegangnya. Tidak ada apa-apa pun beban yang dirasai. Bagaimana pun, ia kelihatannya semakin berat apabila anda memegangnya dengan lebih lama, walaupun berat air di dalam botol tidak bertambah."

Istilah dalam kejuruteraan ialah "fatigue"

MFTAQIYUDDIN said...

Salam Dr.

Sekarang saya stress bila progres tesis masih tidak begitu baik.

Boleh berkongsi nasihat?

jedi said...

kekadang kalau asyik dengan rutin pun boleh stress jugak...

thanks Dr info yang menarik...

ajaq said...

hutang tak le bayar lg stress bro...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails