Yang Ikut

Tuesday, 6 December 2011

Kasihan anak dara kita

Reactions: 
Mutakhir ini, kedengaran banyak anak dara kita yang berpasangan dengan warga kulit hitam dari Nigeria. Ada yang menjadi objeks seks, ada yang menjadi keldai dadah. Mengapa jadi begitu?

Adakah hal yang seumpama ini berlaku kerana kurangnya didikan agama, kurangnya harta atau kurangnya pemikiran?

Sepertinya anak bangsa kita ini sedang mencari sesuatu yang tidak kita ketahui. Sejak kecil kita banyak diajar bahawa wang itu pokok bagi segala kejayaan. Di kaca televisyen, dulu ada program yang menyebut 'Wang besar, wang besar'. Membeli barang, kita diumpan dengan hadiah menang wang ringgit. Bagi kita, orang yang ada banyak wang itu terlebih hebatnya dari banyak perkara lain. Mata kita terbeliak kalau ada kereta besar memasuki kampung. Kita tidak pernah persoalkan dari mana mereka ada wang banyak.

Di sekolah, anak-anak kita sudah dilatih oleh budaya mewah. Tidak terbayangkan, mengapa harus anak remaja harus mempunyai Iphone, kalau hanya sekadar untuk sms dan telefon. Tidak terbayangkan, mengapa kaca televisyen kita selalu menayangkan yang hero dan heroin semestinya orang berada. Tidak tergambarkan, mengapa wang ringgit selalu menjadi tuhan baru masyarakat kita.

Orang yang terkait dengan aktiviti agama selalu dibaculkan dengan pelbagai label. Mereka yang berkopiah akan selalu difitnah dengan banyak cara. Surau dan masjid selalu diserbu. Anak-anak kita di disko ketawa terbahak-bahak dibiarkan pula. Banyak dari anak-anak muda kita tidak tahu pun yang dunia Melayu ada ulamak besar seperti Tok Kenali atau Ahmad Fatani. Mereka tentu lebih banyak kenal pelakon remaja masakini yang berlakon dalam siri drama Kerana Dhia.

Tidak ramai lagi yang tahu membaca jawi. Jangan terkejut, kita juga semakin tidak pandai membaca al-Quran.

Semua ini melahirkan pojok baru masyarakat. Pojok masyarakat yang tidak berfikir. Masyarakat yang tidak membaca, kecuali novel cinta yang mengalirkan air mata. Ahli akademik sepertinya semakin tidak ada nilainya dalam masyarakat, melainkan kalau mereka menaiki BMW mewah. Ahli akademik yang membantu masyarakat berfikir kini hanya dianggap sebagai satu jenis kerjaya sahaja, bukan sekelompok manusia.

Akhirnya, kita tidak ada apa-apa lagi. Tidak ada jatidiri yang berakar dalam diri.

Anak dara kita lebih sanggup memilih warga kulit hitam Nigeria yang menjanjikan mereka cinta, wang dan keseronokan. Dulu, anak gadis kita tergoda dengan teruna Bangladesh dan Pakistan. Tapi, untung-untung mereka masih Islam. Kita tidak tahu warga Nigeria ini apa agamanya. Kasihan kita.

Kasihan anak dara kita. Mereka dibesarkan dalam budaya yang tidak ada identiti dan hala tujunya.


Kita semakin pelik, kerana hal ini terjadi di kalangan anak dara kita, dan bukannya di kalangan bangsa lain.

3 comments:

jedi said...

Benar tu.

Orang sekarang banyak mementingkan duit. Bukan mementingkan usaha untuk mengubah hidup.

Kebanyakan remaja pula mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. itu yang cukup merisaukan. Sampaikan ada yang xpernah semayang Jumaat.

zarch said...

Rasanya gejala ini seperti filem Sepet (Pengarah: Yasmin Ahmad), yang mana atas cinta, tak kira lelaki tu Islam atau tidak? Kalau berbeza bangsa serta warna kulit, tiada masaalah, nak kahwin...silakan, tetapi masalah besar adalah berbeza agama.

Moga-moga dilimpahkan hidayat dan dilindungi generasi kita semua.

Norsha said...

sedih, sungguh menyedihkan..........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails