Yang Ikut

Friday, 9 December 2011

Kalaulah dunia tiada pagar formaliti

Reactions: 
Pagi tadi, aku mengirimkan email kepada Prof Sharon Glazer, seorang ahli akademik yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Beliau salah seorang tokoh penyelidik besar dalam bidang 'tekanan kerja', yang namanya aku mula dengar ketika aku di bangku universiti lama dahulu.

Aku tidak kenal beliau secara langsung. Aku hanya kenal bahan tulisan beliau. Antara yang terkenal ialah kajian mengenai pengaruh budaya dan tekanan kerja di kalangan jururawat.

Cuma, setahun lalu aku mula berkomunikasi dengan beliau secara email. Aku bernasib baik kerana beliau menjadi Ketua Editor di salah satu jurnal terkenal, keluaran American Psychological Association. Jadi, dari situlah, kami mula berkomunikasi kerana ketua editor juga tugasnya memberikan komen terhadap tulisan yang kita hantar ke jurnal.

Beliau banyak memberikan komen terhadap makalah yang aku tulis. Aku rasa, aku juga banyak belajar dari beliau.

Tidak lama setelah itu, aku dua kali dijemput untuk menjadi penilai bagi makalah di bawah seliaannya. Dari situ, kami berhubungan lagi. Aku seorang pelajar PhD menjadi penilai tulisan orang lain. Aku rasa itu hal yang besar dalam hidup aku. Kalaulah mereka tahu aku dahulunya hanya pembancuh teh tarik, tentu dunia ini akan jadi keliru.

Pagi tadi, aku mengirimkan email bertanya sama ada beliau ada projek penyelidikan yang aku boleh kongsi. Katanya ada. Nanti aku cerita di bawah topik yang lain. Ia masih lagi agenda rahsia.

Aku juga memberitahunya aku sudah habis PhD.

Dia menjawabnya 'Congratulations, Dr. Idris!'

Apa yang hendak aku ceritakan ini.

Sebenarnya itulah budaya dunia akademik di Barat. Mereka ini biasa sahaja. Semakin besar mereka, semakin mudah kita dekati mereka.

Kalaulah kita begitu juga - tanpa banyak pagar formaliti, tanpa pintu birokrasi, ia akan menjadikan dunia ini lebih indah.

Pelajar kita akan tentu mendapat lebih banyak manfaatnya.

3 comments:

norhayati said...

Salam Dr,
saya tertarik tentang kajian mengenai tekanan kerja. Tekanan kerja telah memberikan impak kesihatan juga kepada saya . 3 bulan lepas saya telah menjalani pembedahan membuang fibroid iaitu ketumbuhan dalam rahim dan bercuti sebulan. Apa yang ingin saya bawa, ada kenyataan yang mengatakan , wanita berkerjaya lebih mudah diserang fibriod dan fibroid telah menjadi sinonim dengan wanita kerana melakukan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh orang lelaki. Hormon di dalam badan bercelaru dan kesannya jadilah fibroid.
Bagi kes saya... saya akui saya amat tertekan dengan bebanan kerja yang melampau. Persekitaran pejabat yang tidak cukup kakitangan dan terpaksa memenuhi keperluan atasan serta organisasi begitu menekan. Sebagai pekerja yang "saya yang menurut perintah" perkara ini tidak dapat dielakkan. Cuma cadangan saya , boleh juga buat kajian dalam kalangan kakitangan kerajaan yang terpaksa melalui formaliti dan redtape ,sejauhmanakah tekanan kerja mempengaruhi kesihatan mereka hingga menjejaskan prestasi dan produktiviti juga.

Dilla said...

Saya juga mempunyai masalah yang sama seperti Pn Norhayati. Tekanan kerja telah mempengaruhi keseimbangan hormon saya sehingga timbulnya masalah cyst di dalam rahim & ovari(juga ketumbuhan seperti fibroid)... bukan sekali, tetapi 2 kali. Saya telah pun menjalani dua kali pembedahan pada 2003 dan 2007.
Kebanyakan kes masalah kesihatan seperti ini timbul kepada wanita bekerja sahaja. Sewajarnya hal sebegini diberi perhatian serius.

Nurun Nur 9111 said...

salam ziarah kepada tuan empunya blog...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails