Yang Ikut

Saturday, 19 November 2011

Bersikap biasa tidak menghilangkan apa-apa

Reactions: 
Kalau anda berjalan kaki di dalam universiti, anda akan dapati ada segelintir daripada mereka membawa gaya yang luar biasa. Gaya luar biasa yang saya maksudkan itu ialah bersikap sombong dan merasa sangat besar. Perwatakan mereka ini adakalanya menggerunkan pelajar.

Ada pelajar yang merasakan bahawa manusia seperti ini sebagai cukup besar dan hebat. Ada yang sangat formaliti dan 'power distance'. Cara mereka melayan pelajar sama seperti tauke besar melayan pekerja buruh dari Bangladesh. Di zaman saya belajar dulu, ada seorang Professor yang akan membuangkan kertas kerja pelajar ke dalam tong sampah kalau kita tersalah menulis nama ayahnya yang sepatutnya diletakkan tanda -- di hadapannya. Ada pula yang pelajar hanya boleh datang berjumpa kalau ada temujanji. Kalau tidak, jangan sesekali menunjuk muka.

Saya tidak pasti ada atau tidak lagi budaya akademik seperti ini di zaman ini. Tetapi sesekali saya terhidu ada juga. Terutamanya mereka yang memegang jawatan tinggi di jabatan atau fakulti.

Gaya ini menjadikan manusia ini dipandang tinggi. Walaupun saya selalu merasakan orang akademik hanya perlu bersikap biasa sahaja.

Beberapa tahun dulu, ketika saya memulakan pengajian PhD, saya mengirimkan email kepada seorang ahli akademik di sebuah universiti. Caranya menjawab agak melukakan. Mereka melayan kita seperti kita ini hanya budak sekolah darjah 5. Itupun, permintaan saya bukanlah besar sangat. Saya hanya memintakan soal selidik sahaja.

Satu hari saya terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang ahli akademik. Kerana beliau menggunakan teori yang hampir sama dengan penyelidikan saya, saya mengirimkan email bertanyakan dia sesuatu. Malangnya, ia tidak dilayan sedikit pun.

Tidak mengapalah. Itu cerita lama. Tidak lama selepas itu, saya menulis satu jurnal dan diterima. Pembuat teori itu, seorang profesor ternama dari Eropah menjadi Ketua Editornya. Kami saling berhubungan selepas itu melalui email berdasarkan beberapa sarannya. Dia juga mengenali saya, kerana dia juga adalah rakan baik penyelia saya.

Selepas hari itu, saya tahu begitu mudahnya untuk kita berurusan dengan profesor ternama dari luar yang ada ratusan penerbitan, berbanding ahli akademik biasa yang hanya ada satu dua penerbitan sahaja. Mengalami pengalaman buruk itu, saya jarang lagi berurusan dengan ahli akademik seperti itu. Lebih baik saya menulis sahaja email bertanya pembuat teori.

Saya tidak tahu sama ada anda pernah mengalami pengalaman seperti ini.

Sebab itu, saya sangat jarang untuk tidak menjawab email orang, sama ada ia penting atau tidak. Saya tahu, apabila seseorang itu mengirimkan kita email, tentulah mereka ada harapan besar daripada kita.

Zainol, teman baik saya di Australia tahu bagaimana caranya untuk memerangkap manusia seperti ini. Dia selalu berkata, 'nanti, biar aku google tengok nama orang ini. Hebat atau tak'.

6 comments:

Anonymous said...

Salam..I have the same sentiment as well. Saya turut terkena tempias tersebut.Sekarang tengah buat PhD local sbb 'terpaksa'. Memang ada sesetengah yang berlagak... mengalahkan Prof.2 saya semasa di Ivy League!

ajaq said...

...tiada stress dan kemurungan bagi orang yang bersikap biasa..

rockmysoul said...

nanti,biar aku google tengok nama orang ni,hebat atau tak...haha..kesimpulan mudah.guna cara biasa-biasa pun kita boleh nilai orang itu biasa atau luar biasa.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr. FakirFikir,

Tahniah atas kejayaan PhD.

Amin. Ya Rabb.

Setuju! Mesti jadi resmi padi, makin tunduk makin berisi.

Dulu saya 'sangat' mengagumi ahli akademik yang mempunyai gelaran hebat dan apabila bersuara bergegak gempita. Saya ternganga. Saya terkesima.

Lewat pengalaman saya yang buruk...hehe...kini tidak berapa lagi.

Mereka tidaklah luar biasa walaupun kononnya jajahan pengetahuannya melangkaui.

Mereka boleh jadi reput dan busuk juga. Ilmu itu tidak diamal.

Kesian. Rugi. Malang berkali-kali.
Sungguh.

Saya geram agaknya.Hehe...

Jaga diri.

Salam,
zue

alfindani said...

"Ular menyusur akar takkan hilang bisanya."

Dalam sungguh pemerhatian & bahasa orang kita dulu2.

MFTAQIYUDDIN said...

Assalamualaikum.

Masih ada lagi budaya negatif begitu di universiti-universiti kita. Menyedihkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails