Yang Ikut

Saturday, 8 October 2011

Yang saya hampir tahu

Reactions: 
Apabila sesekali saya duduk bersama kawan-kawan lain, saya terkesan satu hal yang menjadi topik besar perbincangan. Pangkat, gaji dan imbuhan.

Saya tidak katakan ia hal yang tidak penting. Saya berbohong kalau saya katakan ia tidak penting.

Bagaimana pun, saya juga melihat banyak hal lain.

Sesekali saya juga melihat kajian-kajian pelajar lepasan ijazah kita. Saya membaca kajian-kajian terdahulu. Saya tidak boleh menulis panjang dalam ruangan ini. Ia tentu tidak menggembirakan teman-teman saya yang lain.

Saya dapati - kesilapan utama kita ialah metodologi dan kerangka kajian. Banyak dari kajian kita hanya menggunakan beberapa pembolehubah. Malangnya, bagi setiap pembolehubah itu pula, mereka menggunakan soal selidik yang ada terlalu banyak item (soalan). Ada yang sampai 60 item, hanya untuk mengukur satu perkara.

Saya rasa ini hal yang salah. Kita menggunakan banyak soalan bagi mengukur satu perkara sahaja. Akhirnya, dalam kajian kita yang ada lebih dari 200 soalan, yang diukur hanya 3 perkara. Mustahil jurnal akan menerima kajian yang hanya cuba mengukur tiga perkara.

Sepatutnya, kita menggunakan item yang sedikit - tetapi mengukur banyak perkara. Misalnya 5 item bagi satu pembolehubah. Bayangkan berapa banyak pembolehubah yang boleh kita bincang kalau ada 200 item? Sekurang-kurangnya, kita ada banyak peluang untuk menerokai banyak perkara baru.

Bayangkan juga bagaimana kalau 3 pembolehubah tadi tidak signifikan? Apa yang boleh kita laporkan.

Kita juga tersalah konsep dalam mencari jurang penyelidikan. Kita berkata kalau kajian sebelum ini tidak menggunakan responden orang Cina misalnya, maka dengan melakukan kajian ke atas orang Cina, ia telah mengisi kelompangan kajian.

Sebenarnya itu lompang yang paling lemah. Kelompangan kajian (gap) ialah mencari sebab kepada sebab, atau hasil kepada hasil. Itulah jurang penyelidikan yang patut kita teroka. Menggunakan kelompangan kajian hanya berdasarkan jenis sampel - bukan satu sumbangan yang besar.

Sebab itu, saya rasa cara berfikir warga universiti perlu berubah. Kita perlu mengubah topik perbualan di kantin universiti. Banyakkan berbincang hal kajian. Banyakkan perbincangan hal utama, dan bukan hanya isu gaji dan pangkat.

Saya tahu di Barat topik mereka lain. Setiap kali saya duduk bersama Maureen, De Jonge atau Christian Dormann, inilah topik utama mereka. Mereka berbincang tentang konsep baru. Mereka berbincang tentang software statistik terkini. Mereka mencari ilham bagaimana mengutip data dengan lebih relevan. Sebab itu mereka selalu terkehadapan. Kajian mereka yang hebat datang dulu, kemudiannya barulah reputasi mereka. Kita pula ingin mendapatkan pangkat profesor dahulu, kemudiannya baru bercakap hal kajian. Itupun kalau kita masih ingin bercakap.

Kalau kita sendiri tidak berubah, tentulah pelajar kita juga tidak berubah. Kalau kita sendiri keliru dengan budaya penyelidikan, jangan paksa pelajar kita berfikir dengan cara yang pelik dalam menjalankan kajian.

Saya tahu saya tidak akan mampu mengubah budaya fikir di universiti. Saya hanya mampu memberitahu pelajar saya sahaja.

Yang saya hampir tahu - saya mungkin tidak akan lama dalam iklim universiti kita. Saya datang dari dunia yang lain, dan tentulah saya akan lebih betah di dunia saya yang dulu.

3 comments:

norhayati said...

Yea ... itulah realitinya. Kalau di universiti para akademia tidak berminat untuk mencari konsep baru tentang kajian, apatah lagi di peringkat asas maksud saya di sekolah. Topik perbualan kebanyakkan guru berkisar mengenai kenaikan pangkat, time based, bonus etc. Begitu juga di peringkat pengurusan pendidikan... ada pegawai yang sibuk mencari kekosongan tempat untuk kenaikan pangkat daripada sibuk memikirkan program dan aktiviti yang boleh menyemarakkan bidang pendidikan.Moral of the story: faktor kenaikan pangkat, duit dan autoriti menjadi topik perbualan kini. dimana-mana jua agensi kerajaan.

Anonymous said...

seperti saya yang menumpang di pejabat kerajaan tidak boleh berbohong dengan setuasi begini.
mereka akan pedulikan apa-apa pengaruh yang baru untuk kerja ataupun tugasa sedangkan maaf saya berkata kerja mereka amatlah nipis.saya lihat jadi saya layak berkata bergitu.dan pada masa yang sama saya menletakkan diri saya pasa mana2 situasi pejawat awam ini.terbukti seperti saudara fakirfikir katakan kita ada kehidupan kita yang lain.saya tidak pandai tetapi saya rasa ada banyak lagi benda yang mereka harus dan mungkin terlepas pandang di dunia ini.kebanyakkan mereka merelakan diri dengan bekerja untuk memuaskan nafsu jasad.ini betul.saya tidak tipu.saya juga ada nafsu tetapi nafsu ke arah lain.mereka mmg begitu agak sedih dan terasa hati,jiwa untuk mengangkat martabat kerja dan daya saing ditutup dengan rusuhan ke ats tajuk kapitalis kereta,HP,tudung,baju,bola,orang kawin,khusus di hotel dan bermacam2 lagi dengan kebendaan.saya juga manusia sya juga ada nafsu kebendaan dan segalanya cuma saya letak pada satu titik.iaitu tidak perlu taksub..maafkan saya yg fakir ilmu ini.dan mereka2 org "gomen" ini percayalah boleh dibentuk percayalah mereka juga manusia.

Dr. Ben said...

Di Australia memang jarang dengar ahli akademik sembang bab gaji dan pangkat. Adakah kerana gaji dengan pangkat yang ada memang cukup?

Bila tengok tangga gaji sebagai pensyarah di sana dan bandingkan dengan kos sara hidup - rasanya memang takde apa nak komplen dah. Tu pasal tengok medical dr. melayu kat sana semua senyum je manjang ;)

It's unfortunate tapi realiti di Malaysia memang begitu. Walaupun memang ada ahli akademik tulin tetapi sesekali memang tak boleh lari dari berbincang mengenai ini.

Anyway, yang patut dilihat bukanlah apa yang disembang di kedai kopi tetapi output ahli akademik tersebut dan usaha beliau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails