Yang Ikut

Monday, 3 October 2011

Saya rasa sangat terbakar!

Reactions: 
Sudah 3 minggu saya berada dalam lingkar dunia akademik. Saya mengajar. Saya juga memerhatikan. Saya juga menegur. Saya tetap sayangkan anak muda yang bakal menjadi pengganti kita semua.

Saya dapati, walaupun masalah bahasa menjadi penghalang utama anak-anak muda di universiti untuk menghasilkan kajian yang baik, tetapi masalah utama yang menghalang mereka sebenarnya bukanlah bahasa. Masalah utama ialah kemalasan berfikir, dan tidak mahu menjangkau lebih jauh.

Saya terkejut besar ketika ada seorang pelajar saya menterjemahkan 'burnout' sebagai 'terbakar'. Saya tidak pernah mendengar perkataan ini sebelum ini. Kalaulah ayat burnout itu terlalu teknikal, saya masih bersimpati dengan terjemahan tadi. Burnout mungkin jarang dipakai dalam masyarakat awam. Saya masih sedia menerima hakikat itu.

Tetapi apabila pelajar saya menterjemahkan likert scale 'poor' sebagai 'miskin', saya berasa semakin curiga. Tidak pernah saya mendengar dalam soal selidik - poor diterjemahkan sebagai 'miskin'. Ia sepatutnya membawa maksud 'tidak'. Kalau ia diterjemahkan sebagai 'lemah' pun, sekalipun maknanya sudah lari - saya masih boleh menerimanya lagi.

Jadi - apa isu sebenarnya?

Isunya ialah kita sangat malas berfikir secara logik. Mustahil dalam soal selidik yang bertanya persepsi, akan ada jawapan 'miskin'. Logik akal sepatutnya dapat membuat penilaian sebelum kita menterjemah. Kalau dibuka kamus, tentulah akan ditemui makna sebenar poor dalam konteks soal selidik.

Mustahil juga 'burnout' dimaknakan sebagai terbakar kalau mereka membacanya dengan lebih keseluruhan ayat dengan baik. 'Saya terbakar di tempat kerja saya'. Mustahil terbakar sedangkan apa yang dikaji ialah tekanan kerja. Lainlah kalau kajian itu berkaitan dengan keselamatan di tempat kerja. Mungkin masih ada relevannya, kalau pun logik akal tidak begitu.

Jadi, apakah bahasa Inggeris masalah utama pelajar kita? Bukan. Masalah utamanya ialah kemalasan. Dengan ujudnya banyak sofatware terjemahan secara online, menjadikan anak-anak muda ini dengan lebih cepat menggunakannya tanpa berfikir panjang mengenainya.

Bayangkanlah, kalau tugasan itu dalam bahasa Inggeris. Saya pasti ia akan lebih teruk - dan peluang untuk plagiarism akan lebih tinggi.

Kali ini baru saya rasa sangat terbakar! Saya terbakar kerana pelajar kita semakin lama semakin miskin berfikir dan malas berusaha.

Saya akhirnya tahu mengapa pelajar ijazah sarjana muda di luar negara sudah dapat menerbitkan tulisan dalam jurnal yang baik, tetapi tidak di kalangan anak muda kita. Semuanya kerana kita kita malas dan menganggap universiti hanya sekolah untuk mendapatkan sijil semata-mata.

Anak-anak muda - universiti bukanlah tempat untuk kita mendapatkan sijil. Universiti ialah tempat untuk kita berfikir. Untuk mendapatkan sijil dan ijazah, kita tidak perlu datang ke universiti. Pergilah ke Jalan Pudu - di sana terdapat banyak kedai cetak yang boleh mencetak apa sahaja untuk anda.

7 comments:

Dr. Ben said...

*tepuk dahi*

norhayati said...

Aduh! Pengalaman saya mengajar guru pula diuniversiti terbuka yang mengambil ijazah sebagai peluang daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mensiswazahkan guru-guru. serupa juga keadaannya. Soal plagiarism berleluasa, tiru meniru tugasan perkara biasa dan ini membuatkan saya naik berang bila menyemak tugasan mereka. Tiada daya usaha langsung. Inikah soal ketamadunan yang ingin diterapkan.

Norsha said...

betul3....sijil boleh dicetak tapi ilmu perlu dicari....

ajaq said...

...baru hang TAU! ....pengetua pucat,terkedu,pening dan hampir pengsan.....result percubaan tidak mencapai sasaran......apa lagi latih tubi-latih-tubi latih tubi latih-tubi....apa sebenarnya yang di ajar di sekolah.......guru boleh bagi soalan bocor....kahkahkahkahkah

big said...

Teringat satu masa dulu wife saya dok pening nak pahamkan ayat student die (diploma level) tulis, antaranya 'add rice'... terjemahan untuk nasir campur.. Haha..

ismadiyusuf said...

pelajar...
guru...
kerajaan...
ibubapa...
sukatan pelajaran...

siapa salah siapa?

mungkin ..bukan salah ibu mengandung?

Kolek Kecil said...

Dah lame dah ni bro....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails