Yang Ikut

Friday, 28 October 2011

Kuliah pemikiran 1

Reactions: 
Tulisan sebelumnya dipadam kerana serangan virus.

Bagaimana kita boleh tahu pemikiran seseorang?

Sebenarnya pemikiran manusia itu boleh ditentukan dengan topik atau fokus perbualan mereka. Dalam psikologi, ayat pertama melambangkan sikap manusia.

Orang yang berfikiran dangkal, biasanya akan lebih menumpukan kepada perkara kecil, atau fokus kepada manusia. Sebab itu, kalau anda selalu melepak di warung kopi, kita akan selalu terdengar orang akan bercakap tentang orang itu dan orang ini. Mereka lebih cenderung bercakap mengenai kehidupan orang lain.

Mereka akan bercakap mengapa si A yang sudah berkahwin 10 tahun tidak lagi mendapat anak, atau mengapa si B menjadi anak dara tua. Yang dibisingkan ialah hal manusia lain, yang tidak ada kena mengena dengan mereka pun.

Dalam kelompok masyarakat kita, manusia seperti ini cukup banyak. Jarang orang seperti ini berfikir mengenai isu yang lebih besar lagi - misalnya, adakah sistem reproduksi manusia ditambahbaikkan dengan teknologi tertentu. Atau bagaimana pihak pemerintah mengambil langkah tertentu bagi menghindarkan isu anak dara yang tidak berkahwin ini.

Adakalanya di kampung kita, atau di pekan kecil di luar bandar, kita jadi resah melihat sampah dibuang di merata tempat. Kita jadi hairan mengapa orang boleh sangat gembira apabila di kampung mereka disediakan jalanraya baru, tetapi tidak pula merasa gelisah apabila majlis perbandaran tidak menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk anggota masyarakat.

Di tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti di Nilai 3 pun, sangat sukar untuk bertemu dengan tong sampah. Mengapa masyarakat tidak menjadikan hal tong sampah ini sebagai isu untuk diangkat naik sebagai agenda utama wakil rakyat mereka? Tong sampah memang hal yang kecil, tetapi sebenarnya ia mencakupi isu pemikiran yang besar - yakni kebersihan.

Sebab itulah, sekolah kita perlu memberikan keutamaan kepada pembentukan manusia berfikiran besar dan bukan hanya peperiksaan. Universiti juga patut diberi ruang untuk bercakap isu pemikiran, walaupun ada hal yang mungkin kita tidak suka.

Di Barat, manusia tidak banyak bercakap hal yang remeh. Mereka bercakap hal polisi yang besar. Semuanya kerana itulah yang ditetaskan oleh pemikiran mereka.

Bagaimana di negara kita?

Tidak perlu berfikir begitu jauh. Lihat sahaja agenda ahli politik kita. Lihat sahaja laporan yang tersiar di dada akhbar. Setiap hari mereka hanya bercakap hal manusia lain.

Semua ini melambangkan mentaliti kita juga. Semua ini mencerminkan pojok pemikiran kita.

2 comments:

alfindani said...

Salaam.

Benar. Itulah kualiti majoriti ahli poltik yg kita ada.

Disebabkan masyarakat jg yg suka mendengar perkara2 sensasi & remeh (boleh dgr di ceramah2 politik & kempen pilihanraya).

Minda msyrkt pula dibentuk oleh akhbar,radio,tv & bahan bacaan 'sampah' yg bersepah2.

Siaran2 tv,dasar2 akhbar dll pula dibentuk oleh bos2 yg jg berupa klik2 politikus di atas td.

Para politikus bukannya dtg dr planet Jupiter (pinjam istilah Azizi Ali), tp dari masyrkt itu sendiri. Masyrkt yg bersifat spt di atas td. :)

Jadi bagaimana? :)

Sy lontarkan soalan ini utk Tuan FF panjangkan lg perbahasan kuliah pemikiran ini seterusnya membawa kpd kuliah sosiologi dsb pula. Boleh kot no? :)

Anak Pendang Sekeluarga said...

mashallah,menarik tulisan saudara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails