Yang Ikut

Wednesday, 19 October 2011

Ceritalah lagi

Reactions: 
Ceritalah!

Saya telah kembali memasuki ke dunia akademik. Apa yang saya lihat mengenai bidang saya?

Terus terang, tanpa berselindung - boleh saya katakan disiplin psikologi kita tidak berkembang banyak sejak saya meninggalkan universiti tahun 1995. Ia masih berkisar cara dan olahan yang sama.

Sepanjang tempoh itu, memang saya bukan orang akademik. Tetapi, saya terus membeli buku psikologi, dengan diselang seli dengan buku pengurusan. Buku paling mahal yang saya beli berharga lebih RM400, dan kedua mahal berharga RM 379.80. Saya membeli buku ini kerana saya ingin membacanya. Pada masa yang lalu, saya mempunyai sedikit kelebihan wang. Jadi saya mampu membelinya. Tetapi tidak sekarang.

Saya terus membeli buku ketika saya di Jakarta. Saya perlu membeli buku kerana saya takut saya ketinggalan dalam pengetahuan mengenai psikologi. Saya tidak kisah walaupun saya bukan ahli akademik. Bagi saya, membaca ketika di luar dunia akademik lebih menyeronokkan. Saya membaca tanpa paksaan pekerjaan saya. Saya membaca kerana minat.

Dalam dunia akademik, membaca buku sudah menjadi sebahagian pekerjaan. Jadi, membaca adakalanya sudah menjadi beban tugas yang baru.

Bagaimana dunia psikologi kita?

Kita masih berpegang dengan ideologi lama. Saya tidak tahu mengapa. Adakah kerana kita tidak ada banyak waktu untuk meneliti kajian terbaru di luar, atau psikologi dalam konteks masyarakat kita hanya sekadar bidang sahaja. Ia hanya bidang yang ujud di universiti, tetapi tidak di alam pekerjaan.

Hanya sebulan yang lalu, saya bertemu dengan dua orang anak muda yang berkerja sebagai ahli psikologi di jabatan polis. Sebelum ini, jarang kita mendengar ada jawatan ahli psikologi. Saya rasa ia pekerjaan menarik - walaupun menurut dua anak muda ini, kerja mereka bukanlah seperti yang dilakukan oleh ahli psikologi dalam erti kata sebenarnya. Tidak mengapalah.

Dahulu, kajian eksperimen adalah 'core' bidang kami. Sekarang ini tidak lagi. Banyak yang menggunakan soal selidik. Tidak salah menggunakan soal selidik. Tetapi, kekurangan kita ialah method pengumpulan data yang tidak berubah. Kaedah persampelan juga tidak kemas, menjadikan psikologi menjadi bidang yang agak terasing.

Saya tidak pulang ke Malaysia untuk melakukan perubahan. Tetapi, saya ada bertemu dengan banyak orang di universiti. Saya akan cuba ceritakan masalah saya kepada mereka, agar masa depan psikologi akan dapat diangkat.

Antaranya, kajian di Malaysia tidak perlu mendapat kelulusan ethic committee. Ini menjadi masalah untuk kajian itu diterbitkan dalam jurnal yang baik. Cara kita berhujah juga masih menggunakan lenggok tempatan. Misalnya, kajian di Kota Bahru - atau kajian di Sekolah Menengah Sekinchan - semua ini menjadi bidang psikologi kita tidak mampu mencapai tahap global.

Apa yang boleh saya buat?

Saya hanya mampu bercerita. Ceritalah. Ceritalah hakikatnya.

3 comments:

rizwan said...

amat beruntung manusia2 yg di ajar oleh saudara Fakirfikir.kerna ada niat pada perubahan.apakah ahli-ahli akedemik susah untuk menerima perubahan??atau entry saudara fakirfikir yg mengatakan cita-cita skg adalah angan-angan?atau kesempitan ekonomi yg mendorong segelintir diantaranya melepaskan tangan?atau mungkin,masalah dalaman(politik)

saudara fakirfikir?saya ingin bertanya adakah anda mempunyai rakan di indonesia?krn saya ingin mencari buku di sana.tq :)

FakirFikir said...

Salam Rizwan, saya ada beberapa kawan di sana. Contact saya via email, nanti saya berikan contact mereka.

Dr. Ben said...

slow2 kayuh... transformasi sedang berjalan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails