Yang Ikut

Wednesday, 28 September 2011

Spoon feeding dalam budaya kita

Reactions: 
Sudah hampir 3 minggu aku menjadi warga akademik. Sedikit sebanyak aku belajar banyak hal baru yang jarang aku lihat di dunia swasta.

Bagaimana agaknya pelajar kita?

Aku rasakan, kita masih lagi sukar untuk mencantas 'spoon feeding' dalam budaya pendidikan kita. Aku tidak begitu pasti sebabnya.

Tapi aku jangkakan - inilah yang sedang berlaku dalam tradisi pendidikan kita sejak dari tadika lagi. Pelajar hanya diajar untuk mengikut semua yang ditunjukkan guru. Kita jarang meminta mereka berfikir atau meneroka sesuatu. Kita banyak menerapkan apa yang ada di dalam buku. Menjadikan sesuatu yang bersifat teori itu, benar-benar teori.

Di Barat, pelajar sekolahnya di bawa berjalan meredah kota. Sesekali melawat muzium. Sesekali ke pasar. Sesekali berkelah di pantai. Tujuannya ialah untuk belajar berfikir dan memahami manusia.

Kita lain, guru atau pensyarah adalah manusia yang sangat keramat. Walaupun guru atau pensyarah tidak menganggap mereka begitu, tetapi itulah yang sedang dibenihkan dalam budaya 'jarak kuasa' kita. Ada jurang psikologi yang besar di antara mereka yang di atas dengan yang di bawah. Yang bawah tidak berani mengkritik yang di atas, sekalipun ada pandangan yang tidak betul. Yang di atas pula, tidak sedia menerima teguran yang di bawah sekalipun salah.

Dalam keluarga kita pun, ada jarak kuasa di antara abang sulung dan adik bongsu. Ia adalah hal yang disebabkan dalam konteks budaya.

Hasilnya, kita hanya sedia untuk menerima apa sahaja, tetapi tidak mampu menolak -kerana menolak pandangan mereka yang di atas adalah kesalahan psikologi besar. Hasilnya, budaya kita tidak mampu melakukan anjakan pemikiran yang besar.

Bagaimana untuk mengubah semua ini?

Ia sebahagian pekerjaan kita semua. Tentulah ia pekerjaan utama semua akademik yang ahli atau tidak.

3 comments:

alfindani said...

Dalam pelajaran "spoon feeding".
Dalam kehidupan "mentaliti subsidi".

"Di Barat, pelajar sekolahnya di bawa berjalan meredah kota. Sesekali melawat muzium. Sesekali ke pasar. Sesekali berkelah di pantai. Tujuannya ialah untuk belajar berfikir dan memahami manusia."

Kalau di tempat kita, situasi begini akan dianggap sekolah tersebut dianggap tidak menjalankan proses pembelajaran, kerana proses pembelajaran di tempat kita hanyalah proses yang di dalam kelas yang formal.

Sama mcm dlm kehidupan; seorg pemuda yg sedang mula utk berniaga misalnya tidak dianggap bekerja kerana "bekerja" itu gambarannya adalah makan gaji.

Perlukan Revolusi Mental & Budaya agaknya? Bagaimana?

Norsha said...

saya setuju dgn komen diatas, pd kita p&p mesti dijalankan di kelas saja, sbgi guru ada waktunya saya kecewa juga dgn sistem pendidikan kita....

cik faz said...

bagi saya, ini masalah mentaliti. walau berpendidikan sekalipun tapi mentaliti di takuk lama, keadaan akan terus kekal begitu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails