Yang Ikut

Tuesday, 27 September 2011

Ekpedisi Amal DrBen dan FakirFikir

Reactions: 
Aku dan Dr Ben bercadang untuk memulakan ekspedisi amal kami dengan program di sekolah luar bandar. Tujuan kami untuk membantu anak-anak kita di luar bandar dengan kaedah pembelajaran berkesan. Kami juga merancang untuk memberitahu anak-anak sekolah ini bahawa sains bukan topik yang susah.

Setakat ini, sudah ada satu sekolah di Negeri Sembilan yang akan kami kunjungi.

Mengapa aku ingin membuat kerja-kerja begini. Sebenarnya, sudah banyak kaedah yang diperkenalkan bagi membantu pelajar. Ada yang berjaya, ada yang gagal.

Program yang aku buat ini sebenarnya merupakan idea original aku sendiri. Aku tidak mendapatkan latihan spesifik bagi perkara ini. Tetapi aku ada latihan formal dalam psikologi. Ia bermula apabila aku didedahkan dengan psikologi kognitif di universiti. Ia mengajar kita bagaimana otak menggelintar maklumat. Otak membuka cluster (folder) maklumat yang kita simpan. Sebab itulah, kita akan susah mengingat banyak perkara kalau kita tidak melatih membina cluster di dalam otak.

Bayangkan begini. Kita diminta isteri membeli garam, gula, kicap, taugeh, bawang, belacan, ikan jenahak, kopi Kapal Api, minyak masak, ajinomoto, roti dan beberapa barang lain. Ia terlalu banyak untuk dihafal. Ia terlalu banyak untuk diingat.

Sedangkan, otak kita sebenarnya mampu membuat perkara yang lebih baik dari itu. Yang kita perlu hafal bukanlah barang yang patut dibeli. Yang patut kita buat ialah memberikan cluster kepada barang tadi.

Dalam pelajaran pun, anak-anak kita membuat perkara yang sama. Sebaik sahaja membuka mukasurat pertama, mereka melihat ada lebih 300 patah perkataan. Mereka juga tahu ada 12 bab untuk dibaca. Ini menggerunkan. Bukan untuk mereka sahaja, untuk kita juga. Akhirnya, tidak ada satu pun perkara yang akan dibaca.

Sebab itulah, aku rasa hal ini patut diberitahu. Apatah lagi struktur bahasa Melayu membolehkan kita menghafal dengan lebih mudah. Ia bersifat ayat aktif sahaja.

Program kenal sains pula akan dikendalikan oleh Dr Ben. Itu bidang kepakaran beliau. Beliau yang akan memperjelaskan hal itu. Kalau seorang guitarist pun boleh mendapat PhD dalam bidang sains, apalah sangat untuk lulus periksa di peringkat sekolah. Itu mungkin sebahagian daripada trademark program kami. Kami tidak datang dengan gaya yang formal yang tampak bergaya. Kami datang dengan gaya kami.

Malamnya, kami bercadang untuk berbual santai dengan masyarakat. Kami akan ceritakan apa itu universiti. Apa itu belajar.

Kami juga bercadang untuk bermalam di rumah atau asrama pelajar sahaja. Kami tidak bercadang bermalam di hotel, walaupun kami ada duit. Kami akan cuba memerhati apa yang berlaku dalam rumah pelajar ini. Bagaimana persekitaran hidup mereka. Itu juga sebahagian asas pendidikan mereka.

Sesiapa yang memerlukan program kami, bolehlah menghubungi kami. Jangan bimbang, ia percuma. Tidak ada sebarang niat tersembunyi. Kami hanya sekadar ingin membantu dengan cara kami.

Walaupun usaha kami tidak akan mengubah dunia ini, tetapi kami harap kami ada sesuatu yang telah dicuba untuk membantu mengubah nasib manusia.

6 comments:

alfindani said...

Semoga Allah memberkati dan menambahkan kesungguhan dari semasa ke semasa kepada tuan berdua. Ameen

Mohd Hisham Mohd Sharif said...

Salam,
Satu usaha yang terpuji dan amat bermanfaat untuk ummah! Tahniah dan semoga berjaya buat tuan berdua!

ajaq said...

aku dah email kat Dr.Ben, balasannya jumpa pada 2/10, lokasi di Dr.FF

mangkuk statik said...

Tanak bawak aku sekali ke. Kecik hati lah ni. Aku nak gak usha cikgu....dan anak2 murid.
Ingat bro. Jgn kau isap rokok dlm sekolah pulak.

Bagi aku, bukan setakat budak2 yg tak reti. tapi cikgu2 tu sebenarnya yg tak reti. Bukankah lebih baik kalau kau target ajar/bukak mata cikgu2 tu drpd budak2 sekolah yg ramai giler tu.

Cikgu hopefully lebih matang dan boleh menilai point kau dgn lebih baik. AKan tetapi, kita semua sedia maklum, bila dah tua ni lagilah bebal dan keras kepala juga kan macam kita,
"Aku dah ngajar 20 tahun,sekali kau cakap aku tak reti ngajar"
Tolong lempang cikgu begini utk aku sedas dua.

Thanks. Kim salam kat awek2 cun Msia. Baritau diaorang, tolong jgn rindu2 kat aku.

norhayati said...

Salam, tahniah kerana mahu memulakan program sebegini. Saya juga ingin melontarkan idea kepada siapa sasaran program ini. Selain murid yang selalu dilabel malas, tiada motivasi bla... bla... cikgu juga patut didekati. cikgu sekarang tidak seperti cikgu dulu yang akan risau kalau murid tidak capai kemahiran tertentu tetapi cikgu sekarang lebih daripada itu, ada yang begitu bagus tetapi ramai yang suam-suam kuku dan sering melabel murid hingga patah semangat murid. Ini berlaku semasa perhimpunan pagi dan terbawa-bawa ke kelas. Ini realiti dan pengalaman saya sendiri semasa menjalankan amali Kaunseling di sekolah. Sedih rasanya bila pagi Isnin yang cerah tapi murid-murid asyik kena marah. Perubahan dan pendekatan dengan murid perlu berbeza sekarang. Murid lebih senang dengan kaunselor sekolah yang memahami mereka lebih dekat. Jadi moral of the story... guru juga perlu didekati dan bagi tahu mereka bagaimana mencari maklumat dan membantu murid untuk masa depan kerjaya mereka yang sepadan dengan minat, potensi dan kecenderungan.

isuzu_aizu said...

saya nak join dgr perbincangan ilmiah ni. nnt khabarkan kalau ada yang di selangor :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails