Yang Ikut

Thursday, 15 September 2011

Aku bukan aku yang dulu

Reactions: 
Transisi ini memang memedihkan.

Aku sedang dalam proses untuk percaya bahawa aku bukan lagi aku 4 tahun yang dulu. Aku keluar rumah seawal jam 6.30 pagi. Di Adelaide aku boleh keluar dari rumah ikut suka waktu. Tiada jalanraya yang macet. Malah, aku juga boleh tidak keluar dari rumah.

Aku juga perlu percaya bahawa aku perlu menjadi orang lain. Kerja lamaku sebelum ke Adelaide, aku boleh berseluar jean dan berbaju t. Sekarang - walaupun tidak ada polisi yang menyatakan tidak boleh berseluar jean dan berbaju t, tetapi aku belum lagi melihat orang lain melakukannya. Jadi, aku terpaksa akur - atau dalam istilah psikologi - confirmity. Kita perlu ikut apa yang majoriti lakukan.

Walaupun jam kerjaku anjal - boleh datang dan balik tidak ikut waktu seperti kakitangan awam yang lain - tetapi aku memang terbiasa tidak pulang awal. Aku memang ada banyak kerja. Aku tidak biasa pulang sebelum jam 5 petang. Itu rutin hidupku dari dulu lagi.

Tapi sekarang, kalau aku pulang selepas jam 5 - aku tidak mampu lagi untuk menilai bahawa gadis penjaga tol itu sebagai manusia yang indah walaupun dia tersenyum lebar dan bercakap sopan. Aku lelah melewati jalan yang sesak - melihat kerdipan lampu signal kereta, sesekali terkejut dengan warna merah lampu brek - kereta celah mencelah. Ia merimaskan. Dan kemudiannya, tiba-tiba aku diminta membayar seringgit dua - sedangkan aku tadinya sedang melewati jalan yang sesak.

Hey. Ini hal yang sungguh janggal. Aku melewati jalan yang macet, tapi aku diminta membayar pula. Deretan tol di setiap lorong di ibu kota ini - seperti pukat tunda pula. Ia menangkap semua. Tidak kira siapa yang melaluinya. Tapi - jam petang yang sesak itu - aku selalu percaya bahawa hanya anak ikan bilis yang susah - yang ada beberapa keping wang kertas merah di dalam poket - yang melaluinya. Ikan jerung akan menggunakan jalan udara. Ia lebih cepat.

Entah berapa liter minyak yang habis dalam sesak trafik kota ini. Keretaku tidak bergerak, tetapi petrol kian kering. Kemudiannya, aku perlu mengisi petrol lagi. Ia tidak murah. Ia mahal untuk orang yang hanya ada beberapa keping wang kertas di dalam poket. Berapa juta pengguna jalanraya sehari. Ah, sungguh beruntung saudagar minyak.

Sampai di rumah - jam sudah malam. Aku tidak ada waktu untuk berfikir lagi. Kemudiannya aku membuka televisyen. Berita apakah ini? Janggal dan pelik. Seperti aku sedang menonton berita gosip pula. Ia berita yang menyesakkan telinga. Tidak ada berita yang yang membuka ruang untuk aku berfikir. Tolonglah.

Tapi - aku perlu belajar untuk menerima hakikat bahawa aku kini sedang menjadi aku yang lain. Aku bukan lagi aku yang dulu.

6 comments:

Dr. Ben said...

meh la join UTP, kampung hang dekat lagi trafik jam pun takde. Tesco pun dah nak bukak!

Gina said...

Itulah yang kami lalui setahun setengah yang lalu....adakalanya balik anak-anak dah tidur, masa nak bermanja dengan anak pun hanya di hujung minggu sahaja

Ismi Ijmi said...

heh, UTP jalan pun tak sesak

Kolek Kecil said...

Rencam hidup. Bila dikongsi cerita kemajuan negara lain, kawan-kawan cakap kita nak bermegah dengan pengalaman luar negara pulak.

Tapi kalau di Faculty of Forestry, boleh lagi pergi ke pejabat pakai Jeans/seluar cargo dan berkemeja T. Especially mereka yang di dalam bidang-bidang rekreasi. Hehehe...

kak norsha said...

lumrah hidup, ada waktu terpaksa mengikut....

mulan said...

Awang,

sekarang dah spring, bunga bunga berkembangan, udara nyaman, weekend dah bole start activity bbq.....heeeeeee...sajaaaa nak menambahkan stress awak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails