Yang Ikut

Friday, 19 August 2011

Polemik Universiti Malaya

Reactions: 
Anda tentu telah membaca kritikan terhadap Universiti Malaya seperti tersiar dalam Utusan Malaysia semalam. Hari ini, ada lagi rentetan berita bagi perkara tersebut. Klik sini.

Isunya ialah kritikan terhadap langkah pengurusan UM menyasarkan penerbitan dalam jurnal yang diranking di dalam ISI dan Scopus. Harus diingat, semua jurnal yang dimasukkan dalam ranking ini ialah jurnal berkualiti, dinilai penilai yang baik, dan tentulah juga perlu melepasi tahap kriteria penyelidikan akademik yang berkualiti.

Jadi, tentulah apabila penerbitan jurnal yang diranking dalam ISI dan Scopus itu menjadi syarat prestasi ahli akademik, maka banyak yang rasa tidak berpuas hati. Sebabnya ia tidak semudah yang dijangka. Mungkin kesemua jurnal yang diranking dalam ISI dan Scopus itu pula perlu ditulis dalam bahasa Inggeris.

Aku bagaimana?

Aku tidak datang dari kepompong akademik. Aku datang dari dunia luar.

Tapi bagi aku - itulah satu caranya untuk kita menterjemahkan kualiti sebagai ahli akademik. Aku selalu melihat, banyak ahli akademik kita - termasuk segelintir kecil profesor yang hanya menghantar makalah mereka ke jurnal yang rendah kualitinya. Anda yang tidak terbiasa dengan penulisan jurnal mungkin tidak begitu tahu. Banyak jurnal sosial sains yang diterbitkan di Eropah misalnya, yang biasanya bermula dengan Euro XXXX sebenarnya jurnal yang teruk.

Mengapa harus profesor menghantar ke jurnal seperti itu? Mengapa harus menggunakan geran penyelidikan yang tentunya ialah wang rakyat - untuk menulis makalah ke dalam jurnal yang rendah reputasinya.

Mereka harus mencari jurnal lain yang lebih baik.

Bagaimana pun, adalah pula mustahil kalau jurnal ISI atau Scopus menerimanya kerana kajian itu pula hanya menggunakan kaedah korelasi, t-test dan anova. Ia antara statistik yang sesuai untuk pelajar ijazah sarjana muda sahaja.

Jurnal yang baik juga memerlukan penyelidikan yang baik dengan motodologi terkini. Semua ini memerlukan akal yang kreatif dan penaakulan yang baik.

Sebab itu, apabila ada yang tidak setuju dengan syarat penerbitan dalam jurnal ISI/Scopus, aku rasa itu hal yang tidak berapa wajar. Sebagai ahli akademik, apakah lagi bukti bahawa kita ini terlebih baik dari orang awam?

Yang mungkin perlu dibangkitkan bukanlah syarat penerbitan tadi. Yang perlu dibincangkan ialah sejauh mana universiti kita telah menyediakan prasarana atau geran penyelidikan yang mencukupi.

Jangan kita hanya teruja dengan penerbitan jurnal yang baik, tetapi akses untuk maklumat sangat terbatas.

Atau, permohonan mendapatkan geran penyelidikan dilembapkan dengan birokrasi atau politik dalaman yang menyusahkan.

Aku tahu mengenainya. Aku pernah merasainya. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan Zainol.

Inilah hal yang patut disidangkan.

1 comment:

mulan said...

Kekadang perlu juga berpijak dibumi nyata bila nak letak benchmark. Isu ranking journal tu rasanya bukanlah akar umbi masalah braindrain among lecturers. May be isu tu menambahkan bahang tak puas hati yg memang sedia ada.Kalau dah workload perweek berbelas/puluh jam,subject 2,3 jenis nak kena ajar, weekend plak kekadang kena mengajar program jarak jauh . Itu belum lagi masuk kursus/meeting yg kena hadiri. Deadline untuk siapkan marking paper students pun cam le lecturers semua robot.Belum lagi isu ubah tiang gol untuk kenaikan pangkat, payah nak dpt grant penyelidikan etc etc....UM tak tau la ..kot kot better...kalau nak jadi world class, facilities, cara kerja pun kenalah world class...tak adil lah nak evaluate kerja pensyarah ikut world class, cara pensyarah bekerja/ environment bekerja/ gaji tak le plak world class..bagi akak yg dah masuk warga emas ni, isu ranking hanya menambah parah luka dihati para pensyarah.....heeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails