Yang Ikut

Tuesday, 23 August 2011

Misi tamat

Reactions: 
23 Ogos 2011.

Jam 7.18 malam, waktu South Australia.

Aku tiba di Australia 2 Oktober 2007. Muda lagi waktu itu. Sekarang sudah hampir genap 4 tahun.

Setelah sekian lama, mengharungi bermacam cerita - menulis proposal, melakukan kajian, membentangkan kajian, menulis dan memperbetulkan ejaan, mempelajari statistik baru yang tidak pernah didengar - akhirnya aku siap menulis sebuah tesis setebal 261 halaman. Syukur kepada Allah kerana memberikan aku ruang dan kesempatan yang baik.

Besok pagi aku akan mencetak, dan akan menghantar tesis hari Khamis ini. Menutup suka duka belajar PhD.

Tamatlah misi aku belajar.

Aku akan jadi pandai? Tidak ada bezanya aku dengan orang lain. Lebih sedikit, kalau aku lulus, aku boleh letak gelar Dr di hadapan. Itu sahaja. Lebih-lebih tinggi pun, aku tahu sedikit sebanyak pengetahuan dalam bidang aku. Tetapi aku akan tetap jahil bidang orang lain. Malah untuk mengajar subjek bahasa Melayu darjah 1 pun aku tidak mampu.

Hakikatnya, ia sama sahaja. Menjadikan kita berbeza kerana aku ditakdirkan terpilih membuat PhD. Aku juga melalui jalan mudah sepanjang alam persekolahan. Orang lain mungkin terjatuh longkang beberapa kali.

Sama ada kita ada gelar atau tidak, ia hanya ciptaan manusia. Aku perlu ada PhD kerana ia sebahagian dari syarat pekerjaan aku.

Berat sedikit apabila kita belajar, ia kita akan diuji. Orang kaya diuji dengan hartanya. Orang yang belajar diuji dengan pengetahuannya. Banyak sudah orang yang tersungkur kerana tertipu oleh ilmunya. Anda selalu menonton di kaca televisyen setiap hari. Moga -moga aku dijauhkan dari sifat riak dan terlupa diri.

Terima kasih semua pembaca yang membaca FakirFikir sepanjang aku di Adelaide ini. Terima kasih juga kerana anda menjadi teman untuk aku bercerita, ada cerita yang berguna - ada yang boleh anda lupakan. FakirFikir akan tetap menulis selagi ada kesempatan.

Doakan aku lulus.

Aku mahu balik berbuka puasa. Sudah hampir dua jam lalu matahari jatuh.

Aku hanya sempat minum seteguk air dan merokok dua batang.

5 comments:

alfindani said...

Alhamdulillah.

Semoga Allah mudahkan perjalanan hidup sdr di atas jalan yg diredhaiNya.

Memandaikan diri untuk memandaikan umat dan bangsa, insyaAllah.

Semua ilmu yg berguna itu baik dalam agama, selain ilmu sihir shj.

Harap blog terus hidup nantinya.

Semoga berjaya insyaAllah.

***

Dr. Ben said...

All the best bro insyaAllah. Banyakkan doa.

mulan said...

Happy for you...jgn lupa bagi contact no kat Msia..untuk pedoman "masa depan" akak...heeee

Chah said...

Akhirnya....tahniah & syukur Ya Allah, jgnla lepaih ni pisang goreng & teh tarik aku dh loya plak kt tekak hang.... First thing first blk mesia nanti, mai umah... Hang akan terkejut tengok anak dara hang besaq gedabaq dh tu... Jgn lupa corelle aku 2 set, bunga corak moden abstract, noritake satu, hang pi beli esok, duit mintak ngan matyee, hang x beli siap! Selamat ari raya, peluk cium aku tuk chah& luqman...

ajaq said...

soalan bro...ape yang bermain di fikiran tuan dalam perjalanan balik tadi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails