Yang Ikut

Monday, 25 July 2011

Siapa yang kita boleh percaya?

Reactions: 
Dalam satu iklan bank, ditunjukkan bagaimana jujurnya rakyat Australia. Dompet yang berisi wang diletakkan di tengah jalan, dan diselitkan kad alamat pemilik dompet. Didapati, dompet ini dikembalikan. Bagi melihat adakah kejujuran manusia berubah, jumlah wang yang lebih banyak diletakkan di dalam dompet. Didapati bahawa, dompet itu tetap dikembalikan. Iklan ini memetik, 95% rakyat Australia boleh dipercayai.

Iklan tadi - sebenarnya merujuk kepada satu kajian mengenai kejujuran rakyat Australia.

Readers Digest Australia, mengeluarkan senarai profesyen yang dipercayai tahun 2011. Berdasarkan survey, pekerja kesihatan seperti doktor dan paramedik berada pada senarai teratas profesyen yang boleh dipercayai. Penjual kereta, ahli politik dan tele-marketers tetap berada pada senarai yang bawah. Hampir 20 tahun dulu, ketika aku masih belajar di universiti, ahli politik dan penjual kereta tetap berada pada ranking paling buruk.

Senarai tahun ini juga mendapati pelacur adalah lebih dipercayai dibandingkan beberapa kerjaya lain.

Bagaimana di tempat kita.

Kalau dompet kita terjatuh, peluang untuk kita mendapatkannya mungkin sangat sedikit. Tidak banyak lagi manusia yang boleh kita yakini lagi.

Katakan anda terjumpa dompet yang jatuh, dan ada wang yang banyak pula - bagaimana yang harus anda lakukan.

Kalau anda seorang yang jujur, anda akan memulangkannya kepada si empunya dompet. Bagaimana pula, katakan dalam dompet itu tidak ada sebarang tanda indentiti pemilik. Apa yang harus anda lakukan?

Anda mungkin akan memulangkannya kepada pihak berkuasa, dengan harapan mereka akan mencari pemiliknya. Bagaimana pun, sesekali dalam benak kita akan bertanya - bagaimana pula kalau mereka pula yang akan mengambilnya.

Sebenarnya - itulah simptom yang menjadikan budaya tidak jujur ini berlaku. Kita tidak percayakan sesiapa lagi. Kalau kita memberi kepada pihak lain, besar kemungkinan pihak lain ini akan mengambilnya pula. Tidak ada jaminan ia akan sampai ke tangan pemilik yang malang itu.

Tentulah - kita membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalaman kita, atau cerita dari orang lain. Dalam dunia ini, tidak ada sesiapa pun lagi yang boleh dipercayai.

Semua orang akan mengambil kesempatan dan memanipulasi.

Apa yang boleh kita lakukan?

4 comments:

ajaq said...

.....adakah penulis golongan yang tidak boleh di percayai

ismadiyusuf said...

tak kira siapa, jika tiada lagi nilai positif dalam dirinya pasti sukar untuk dipercayai lagi...

Dr. Ben said...

kalau tak mampu jujur, berdoa supaya tak jatuh dalam situasi terjumpa.

alfindani said...

Dulu pernah di Darul Quran KKB, ada duit RM50 tercicir di depan surau (sebelum dibina masjid terapung), lalu dilekatkan duit tersebut di notice board depan pintu surau dengan ditulis di bawahnya "duit siapa?"

Menariknya, tiada yang menuntut dan tiada siapa pun yang ingin mencuri duit yang terlekat di papan kenyataan itu (papan kenyataan yang jenis biasa tanpa cermin).

Selepas beberapa lama tiada yang menuntut dan duit itu masih terlekat elok di papan itu setelah dibuat pengumuman, akhirnya ia dimasukkan ke dalam tabung surau.

kalau not RM10 banyak kali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails