Yang Ikut

Friday, 29 July 2011

Jangan katakan aku kangkung!

Reactions: 
Di masa lalu, sebahagian kerja aku ialah melatih eksekutif yang baru lulus universiti untuk menjadi pengurus. Sebahagian dari caranya ialah menyuruh mereka melakukan kerja-kerja 'low class' dulu sebaik sahaja masuk kerja. Kerja utamanya ialah mengedar flyers di depan pasaraya, atau ke rumah flat. Ada di antara yang kekal, ada di antaranya yang lari.

Prinsip aku mudah sahaja. Untuk menjadi pemimpin yang baik, anda perlu menjadi orang bawah dahulu. Melakukan kerja-kerja busuk - kerana bila sampai masanya anda menjadi pemimpin, anda tahu realiti pekerjaan peringkat marhaen.

Masa berlalu. Bunga kembang beberapa kali. Daun jatuh gugur juga banyak kali.

Aku semakin tua. Tadi, isteri aku terserempak dengan seurat lagi uban di atas kepala, menjadikan total sekarang dua urat. Tak mengapalah. Isteri aku tentu gembira, kerana semakin banyak uban - semakin banyaklah gadis cantik di tepi jalan yang tidak terpikat dengan aku. Dan impian aku pergi melancong ke China seperti Salleh Yaakob hancur lebur.

Sekarang aku berada dalam dunia yang lain. Dunia akademik yang mengkaji hal yang tidak diketahui orang umum. Kami dalam dunia kami sendiri. Itu bahasa indahnya. Bahasa mudahnya, - kami dalam dunia syok sendiri.

Seperti mana aku melatih para eksekutif lulusan universiti yang ada ranking atau tidak, begitulah style aku sekarang juga.

Aku akan meminta pelajar di bawah seliaan aku, menghantar model kajian untuk dilihat oleh manusia akademik lain. Bukan hanya di dalam Malaysia, yang terkemuka dalam bidangnya di luar negara juga. Biar mereka memberi komen. Biar mereka mencela atau memuji. Biar mereka memberikan reaksinya.

Selama ini, dunia kajian kita hanya syok sendiri. Kita terhibur dengan banyak perkara kerana kita hanya membincangkannya di kantin universiti. Kita berkata bahawa kajian kita adalah yang terbaik dalam dunia. Sedangkan, kajian kita mungkin tidak mampu pun mencecah darjah kesarjanaan orang kampung aku di Changlun.

Sebaik sahaja menghantar ke jurnal terkemuka - jurnal dengan gembiranya - I am sorry Bro. Your research is not suitable to our journal. Send it to Jurnal Kangkung. They will accept your paper easily.

Sebab itulah, kita perlu lakukan sesuatu. Kita perlu paksa pelajar kita menghantar proposal atau model research kita untuk masyarakat akademik berkelas dunia. Jangan bimbang kalau bahasa Inggeris anda buruk dan jelek. Mereka tidak mengutamakannya. Mereka akan melihat apa jenis kajian yang sedang anda tunjukkan.

Sesiapa yang menjadi pelajar aku - aku tidak tahu apa yang sedang anda rasakan. Anda mungkin sedikit kepenatan. Tetapi percayalah, anda sedang belajar sesuatu.

Aku bukanlah ahli akademik. Aku datang dari dunia yang lain. Aku datang dari dunia yang tidak suka aku dilabelkan sebagai kangkung! Aku juga tidak mahu pelajar aku menjadi kangkung yang harganya sangat murah di pasaran - dan hanya tumbuh di celah longkang!

3 comments:

mulan said...

No worries...awak bukan kangkung TAPI rebung..susah nak cari...tambah tambah di zaman la ni..kah kah kah

Anonymous said...

Bersusah payah ahli akademik buat research, sejauh mana autoriti amik dan pakai untuk kemajuan rakyat marhaen? Tengok contoh hari ni senang. Dalam paper ade dok bidas yang Malaysia ketinggalan dalam industri makanan halal berbanding Thailand. Kita tak mengaku benda tu dan masih lagi dok gebang yang Malaysia tak kalahd dengan Thailand. Tup2, bila disoal selidik, Thailand ada integrasi industri dengan institusi akademik untuk mengurus dan mengelola industri halal. Di Malaysia, kerajaan adalah badan mutlak dalam urusan ni. AHli akademik cuma penyampai nasihat yang tak tersampai-sampai2 je. Perabih duit, masa, tenaga buat research. Lastly ikut ckp PTD lh, tink tank lh, politik lh.

alfindani said...

Mungkin budaya masyarakat kita yang kurang menghargai kajian para ilmuan juga menyumbang kepada penyuburan kangkung2.

Mungkin Sdr. Fakir bleh tulis bagaimana dapat kita menyuburkan budaya keilmuan dan suka mengkaji di dalam masyarakat kita berdasarkan ilmu psikologi tuan.

Kadangkala kesian, marah dsb melihatkan sbg contoh, sdr Zul yg pandai dlm rekacipta pun takleh ke mana rekaan-rekaannya sbb tiadanya support krjaan dan masyarakat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails