Yang Ikut

Thursday, 14 July 2011

Facebook!

Reactions: 
Bayak cerita dari Malaysia yang patut aku rakamkan.

Satu malam, aku di cyber cafe. Tiba-tiba ada seorang lelaki tua, yang pada pandangan aku bukanlah orang senang. Umurnya mungkin dekat 70 tahun kalau dilihat dari segi fizikalnya. Aku bertanya-bertanya apa orang tua seperti dia buat di cyber cafe di tengah malam seperti itu.

Kebetulan, meja komputernya ada di belakang aku.

Sebelum aku keluar dari cyber cafe itu, hatiku yang bertanya apa yang lelaki tua itu buat tentunya akan selalu memasang curiga. Itu penyakit hati yang tak dapat aku ubat. Aku menjeling ke arah komputernya.

Apa dia buat?

Facebook!

Hah. Ini buktinya rakyat Malaysia bukan buta komputer. Ini buktinya rakyat Malaysia begitu hebat. Cuma aku selalu berfikir, usia seperti itu tidak patut menjadi orang muda lagi. Lebih baik melepak sahaja di surau.

Di depan cyber cafe itu ada satu warung kopi. Aku dengan seorang kawan minum kopi di situ.

Tidak lama lelaki tua itu keluar dari cyber cafe dan menuju ke arah motosikalnya. Sambil perlahan-lahan dia menolak keluar motornya dari parkir.

Aku tidak tahu apa patut aku katakan. Walaupun aku tidaklah menyalahkan orang tua yang ingin bermain facebook, tetapi aku rasa setiap orang ada waktunya.

Sebab itu, anak dara patut berhati-hati apabila bermain di facebook!

5 comments:

mulan said...

Jgnlah curiga...may be pak cik tu tengah sound anak/menantu suruh balik kampung through FB heeee....

Norsha said...

menyahut seruan kerajaan untuk celik IT barangkali...

salmi said...

Itulah hakikatnya, 'hati-hati dengan FB'. Ada melihat kawan bercerai-berai dengan suami gara2 'cinta FB'. Dunia akhir zaman...cinta tanpa sempadan!

Hideossle said...

hari tu berbual dgn makcik jual nasi campur. dia cerite2 "mak cik mtk pak cik belikan itu ini (barang2 niaga), tapi dia tak beli-beli lagi. ingatkan sibuk apa, rupanya pesbuk!"

hari tu ada sorang lecturer umur 50+ tetiba nak cerita kat member aku pasal konsert artis luar negara nih. "hey, do u go to this concert? i'm going there with my gurlf...(nak tersebut tapi tak jadi takot kantoi)" ala..kitorang bleh bajet. gelpren.

aku dgn dalam dilemanya pun berkata, "apsal sorang lecturer yg kita hormati, bleh buat gitu ha...? "

tanpa apa2 perasaan, member2 pun kata "ala, benda2 mcm tu kat facebook, biasalah!"

ha...'biasalah'?

-jadi bila fakta mengatakan facebook meningkatkan peratusan keruntuhan institusi kekeluargaan? mungkinkah?

Dr. Ben said...

dasat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails